Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, August 8, 2013

Cermin kehidupan

Cermin kehidupan




Berjalanla dengan penuh harapan
walau hidup ini tak selalu bahagia
sedekahkanlah satu senyuman
walaupun di hatimu tak lagi mampu bertahan
belajarla memaafkan
walupun dirimu terluka
berhentilah memberi alasan
hiduplah dalam iman
walaupun hari dipenuhi dugaan
dan berpegangla kepada Allah
walau dia tak kelihatan....
Bukti kasihNya
kita wujud di dunia pinjaman ini
   

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara
dan yakinla Tuhan menguji setiap hambaNya
yang mengakui keimanan kepadaNya
Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik
kerana hidup tak semudah itu
perihal kehidupan sebagai cermin
dalam menilai sebuah pengabdian yangs hakiki lagi abadi
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani



Impian dari kecil vs impian yang terkubur




Kita semua hidup bersuluhkan impian dan cita-cita. Disiplin mana kita terus melangkah, selaju mana kita berlari, sekuat mana kita bangkit bila diuji dengan kejatuhan. Hanya impian dan cita-cita kita yang akan membuatkan kita terus dan terus dan terus. 

Perjalanan seseorang tanpa impian dan cita-cita yang serius umpama menaiki kereta tanpa arah tuju.Cita-cita setiap orang berbeza. Perbezaan ini mewujudkan diversity di dalam masyarakat. Keseimbangan. Adanya jihad pada ekonomi, ada yang jihad pada tenaga, ada yang jihad pada ilmu, dan ada juga jihadnya membentuk keluarga mukmin terbaik. Dan jihad aku lebih kepada ekonomi.
Impian dari kecil aku adalah:

1) Menjadi wanita career yang berjaya

2) Tidak terikat kepada perkahwinan atau kalu ada jodoh  berkahwin lewat dalam 30an/40an. Aku memang anti lelaki dari sekolah menengah.  Aku sendiri lupa mengapa aku bencikan lelaki dari kecil lagi.
3) Menjadi gadis muda yang ada Financial Freedom"

Bila usia mencecah 19tahun, aku mula mencari peluang bisnes yang menjamin masa depan. Pelbagai bisnes kecil-kecilan yang aku buat di UIA. Sehingga aku terjumpa Herbalife bisnes. Dan impian aku juga ter’ubah’ apabila seorang lelaki hadir dalam hidup aku memberikan cinta. Hati mula berbunga-bunga.

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta


Ini membuat aku terlupa sekejap tentang impian aku untuk tidak terikat komitmen perkahwinan. Aku nampak keindahan perkahwinan itu dalam dunia Herbalife. Tambahan lagi, environment Herbalife yang mempromote perkahwinan awal membuatkan aku mula terfikir berumah tangga dan melupakan trauma tidak percaya pada lelaki .
Istikharah setiap hari bermula perkenalan kami mengatakan dia orangnya. Namun jalan kepada perkahwinan tidak begitu clear. At the one time, aku doa

Allah, aku dah taknak main-main dengan hati dan keadaan. Kalau dia benar untuk aku, aku pohon Engkau mudahkanlah terus segalanya. Aku dah tak mahu menanti. Kalau dia bukan untuk aku, Engkau pisahkanlah kami serta-merta dengan perpisahan yang baik. Kalau dia untuk aku, cuma bukan sekarang waktunya, Engkau tenangkan hati aku, hilangkan rasa cinta ini, dan temukanlah kami semula pada waktu yang Engkau dah tetapkan."

Dan Allah menjawab doaku serta merta. Keesokkan harinya dia memutuskan supaya aku tidak perlu menantinya lagi. Di situ aku teringat semula tentang impian yang terkubur.
 Aku kehilangan impian terbesar aku yang aku usahakan selama ini. Keje kuat aku untuk membina keluarga yang selesa hilang begitu sahaja.
Tapi kuasa Allah,dia  tidak tinggalkan aku begitu sahaja. Dia bangkitkan impian kecil aku semula untuk hidup yang lebih baik paling tidak untuk 4 tahun akan datang.

Keburukan aku: aku sangat setia.
Walaupun penantian aku tidak kemana, hati aku patah tapi Allah datangkan aku impian baru. Aku memilih untuk kembali kepada impian lama aku dari kecil; menjadi wanita berkareer yang hidupnya berkhidmat kepada ramai orang berbanding berkhidmat kepada seorang lelaki yang bernama suami. Yup, aku tidak sepatutnya berputus asa. Tapi setiap orang impian berbeza. Impian aku untuk menjadi wanita yang berjaya tanpa lelaki di sisi. Hati aku tegas mengatakan dia menjadi lelaki terakhir yang pernah hadir. 
Daripada kecil aku memang budak yang mempunyai loyalty yang tinggi. Aku refuse untuk pakai  baju baru dari umur 3 tahun. Aku menangis bila kena naik kereta vios aku yang baru sebab sayang kereta yang lama. Apalagi melibatkan soal hati dimana aku meletakkan sepenuh kepercayaan yang dia dijadikan untuk aku.

Teringat zaman kecil aku ketika kami beradik bermain hayunan cincin. Jumlah ayunan cincin yang diambik untuk berhenti  menunjukkan usia kami ketika berkahwin.. Kakak-kakak aku semua berhenti pada usia 20an-30an.. Tapi ayunan cincin aku enggan berhenti walaupun lebih 100 kali. Walaupun diulang berkali, ayunan cincin masih enggan berhenti. Hahaha. At the time, semua adik beradik gelakkan aku dan berkata aku takkan berkahwin..

Tapi aku bersyukur dalam hidupku walaupun impian aku untuk kekal single, Allah pernah datangkan memory indah aku menunjukkan kekuasaan dia mencipta perasaan antara lelaki dan wanita. Dia lelaki yang terlalu sempurna untuk aku dan aku doakan dia mendapat wanita yang sesempurna dan dapat melengkapi hidupnya.
Cukup cinta Allah bagiku buat masa ini. Moga Allah angkatkan cintaNya sehingga aku tidak memerlukan cinta manusia lagi.