Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Friday, October 24, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta

Hai semua...just nk share  tempat di mana di sini lahirnya sebuah cinta, our nutrition club, Nutrijerteh. Cewah!

Kelab nutrisi kami adalah tempat dimana orang -orang yang cakna kesihatan berkumpul. Aku suka style kelab nutrisi ini sebab dengan kelab nutrisi aku betul-betul rasa aku dapat membantu orang untuk menjadi lebih sihat. Mana tidaknya tenaga aku sepenuhnya pada kelab. Kalu dulu, tenaga banyak dihabiskan atas kereta membuatkan kualiti service pada customer kurang. Sekarang, aktiviti timbang, coaching dan follow up semua dari kelab sahaja.

Kelab nutrisi kami hanyalah dibuka 2 jam sahaja untuk tetamu datang minum. So dalam tempoh limited ini, diorang akan datang serentak dan berkongsi perubahan dan testimoni sambil minum shake dalam keadaan happy
They also will have new info every day about how to maintain good health and ideal weight. Kita juga akan berkumpul untuk aktiviti riadah di luar  sperti berkelah, jogging every weekend di stadium kg raja dan yang akan datang Cameron Highlands visit.



In our deepest memory

Pada sabtu lepas adalah antara hari kami diuji agak berat setelah lama tidak diuji. Kami kehilangan buah hati kami pengikat hubungan aku dan Aizat, kucing pertama milik kami berdua. Saat kami melihat Fiona buat kali terakhir adalah ketika kami keluar bergerak keluar dari pagar. Kali ni, agak pelik kerana tidak seperti biasa fiona dan Itam akan mogok di bawah tayar untuk tidak membenarkan kami keluar kerja seperti biasa.


Malam pulang dari STS, kami agak pelik. Yang kelihatan menyambut kami pulang cuma Itam sahaja. Tapi disebabkan malam agak lewat, aku memilih untuk mencari dia esok pagi dan malam itu kami cuma tidur ditemani Itam.

Keesokkan pagi, aku mecari keliling rumah. Pelik sangat sebab berkali memanggil, dia masih tidak kelihatan.Then aku meminta Aizat pulak mencari. Then Aizat memberitahu dia nampak timbusan tanah dengan cangkul. Saat itu, aku meraung. Aku tahu Fiona pasti dilanggar semalam. Aizat mencangkul tanah itu, dan menjumpai bulu yang kami pasti adalah bulu Fiona. Putih dan halus sangat. Tak tergambar rasa sedih yang amat sanagat. Kami kehilangan kucing yang paling kami sayang.

Masih teringat saat memori indah kami berjumpa Fiona. Dia masuk kelab kami pada malam puasa tahun ini. Dan lihat pada wajahnya dan perangainya, kami tahu dia baru dibuang ke sini. Lalu kami memilih untuk membawanya pulang.

3 malam pertama di rumah kami, kami biarkan dia tidur bersama kami. Mudahnya adalah dia memang akan membuang air dalam tandas. Then dia kemudian cirit birit, dan kami bawak ke vet, kami diberitahu yang dia ulser. 2 minggu dia asyik tido sahaja then kemudian dia diserang kurap. Sekali lagi kami membawak dia menerima rawatan.
Fiona yang asyik sakit awal-awal dibawa balik

Teman tengok movie
 Sejak itu, kami menjadi sangat rapat dia menjadi semakin besar dan cerdik.
Lepak depan bilik kami
 Fiona begitu special di hati kami.Dia kucing yang sangat mementingkan kecantikan. Pantang bulunya kotor pasti akan dijilat dan dia cukup marah ketika kami menganggu dia membersihkan bulunya.


Suka panjat pokok
 Tapi kami tahu memang sudah ajalnya masa. Malam sebelum kami kehilangannya, dia berkelakuan  sangat pelik. Dia marah bila Itam ingin bermain dan moody dengan kami. Kami sangkakan dia berkelakuan begitu disebabkan marah kerana adik baru mengambil tempat tidur dia di dalam bilik kami.
Didenda sebab buat perangai sebab dapat adik
 Kami betul-betul rasa kehilangan begitu juga Itam. Dia nampak sangat moyok selepas kematian Fiona. Fiona kawan 24jam Itam dan mereka selalu bermain bersama-sama. Namun kami sedar dia cuma pinjaman kepada kami dan kami redha dengan pemergiannya.
Malam kesedihan

Sunday, October 12, 2014

First pregnancy

Hai semua!!
Ni entry aku yang pertama sejak disahkan hamil. Bukan sebab morning sickness atau tak larat, tapi sebab password lupa. Symptom of pregnancy. Hehe.        
Ketika period aku lewat 3 hari pum, aku dah dapat rasakan yang aku mengandung. Tambahan pula start rasa mulut loya dan nak makan benda masam je. Tapi aku hanya check dengan pregnancy test bila dah 2 bulan.

So, first trimesta seperti kebanyakan orang yang hamil, aku rasa loya, cramp kaki dan tangan dan paling best tido je memanjang. Masa tu juga memang takboleh bau badan orang, berangin je memanjang, dan start gastric datang. Kesabaran kami suami isteri banyak teruji time ni. Mana tidaknya, Aizat kena sapu seluruh badan dengan minyak yuyi baru boleh tido sebelah. Dahla tu aku cepat rimas dan takboleh bilik bersepah. Moody sangat time tu. Blood pressure pulak turun dan asyik rasa pening. Rasa lemah sangat . Sebulan aku tak keluar keje. Saat tu rasa tak best dan berharap sangat cepat ke second trimesta yang orang kata senang sikit.

Sekarang ku dah 5bulan, alhamdulillah sangat positif. Rajin buat keje rumah atau kerja herbalife (aku boleh mengamuk kalu takdapat keje) tapi yang tak berapa bestnya mood second trimesta ni adalah aku tak suka berhubung dengan orang melalui talefon atau face to face.. Tapi simpton pregnancy yang ketara adalah aku sangat suka binatang terutama kucing. Kucing aku rawat macam anak sendiri.

Tapi serius sangat berdebar untuk masuk third semesta. Orang kata pinggang akan sakit sampai takleh tido malam, dan lagi berdebar bila 4bulan lagi akan beranak. Oh mak! Serius takut bangat! Sakit jarum pum boleh buat aku menjerit ni pula sakit beranak. Tapi apapum aku bersyukur Allah bagi cahaya mata ini datang tepat pada saat kami memang menginginkannya.