Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, November 27, 2014

Tahun ke-5 dengan Herbalife dan lesson from Kick Off Spectacular.


Sekarang lebih 5 tahun dalam bisnes Herbalife, bermacam-macam ups dan down yang terpaksa ditempuhi. Lantaran kesukaran dan onak duri, aku melihat seorang demi seorang memilih untuk give up dan berhenti. Sometimes aku akui aku juga pernah berfikir kenapa aku perlu teruskan mendaki dan melalui cabaran demi cabaran sedangkan aku boleh memilih untuk hidup di dalam zone selesa makan gaji. Sometimes, kadang-kadang aku akui aku hampir terpengaruh untuk menerima pekerjaan sebagai pharmacist. Mana tidaknya berapa ramai yang terkejut dengan tindakan aku memilih melalui kerja sendiri dengan company Herbalife sebagai kerjaya sedangkam segulung ijazah yang menjanjikan pekerjaan ada di depan mata.

Tapi bila hati mula goyah, aku istikharah mintak kekuatan jika betul Herbalife jalan yang terbaik untuk aku sebagai kerjaya seluruh hidup aku, moga Allah beri aku kekuatan untuk teruskan dan tetapkan pendirian aku. Masya Allah, selepas istikharah pasti satu demi satu keyakinan dan kepercayaan datang. Disebabkan itu, aku kekal hingga sekarang.

Last week, aku menghadiri Kick Off Spectacular di Klang.


Speaker adalah Ibu Marina yang sudah 15 tahun bersama Herbalife. Dulu adalah penjual nasi uduk di jalanan kini adalah 30K President Team di Indonesia. Masya allah sangat bersyukur terpilih untuk datang dan journey 15 tahun dia betul-betul memberi inspirasi kepada kami.


Berikut adalah apa yang kami belajar yang betul-betul menyentuh hati kami.

1-Bersyukur dan bahagia bila lapang mahupum sempit.
   Bersyukur akan menambah rezeki.Ups and down adalah sebuah process. Setiap kali kita melepasi kesusahan, kita naik lagi peningkatan diri. Mana boleh mahu graduate jika tidak mahu menempuhi ujian.

2-Akui Herbalife tidak mudah.
    Journey dalam Herbalife memang tidak mudah kerana hidup memang dijadikan tidak mudah. Kalupum kami give up dengan Herbalife, kami tetap kena kerja keras, kena jaga kesihatan dan kena  berbuat baik dengan orang. Apapum kita lakukan di luar Herbalife, sama sahaja rintangan dan cabarannya dengan dalam Herbalife. Mengapa tidak bersakit-sakit dengan Herbalife  tetapi hasilnya luar biasa. Sedangkan nabi sendiri hidupnya sengsara jadi jangan mengharap bisnes kita tidak sengsara.

3-Kita berada di dalam Herbalife bukan untuk dunia tapi juga akhirat.
 Herbalife bukan kereta, rumah atau berapa banyak yang kita miliki tetapi berapa jangkaan hidup orang yag berubah disebabkan tangan kita.

4-Jangan menuntut banyak jika belum melakukan banyak.
Journey dalam Herbalife adalah pendakian yang tidak mudah dan tidak akan berhenti. Teruskan mendaki dan jika penat boleh berehat sebentar tapi teruskan melangkah selepas itu. Ramai yang menyerah dan quit kerana mencari jalan pintas dan jalan mudah.



5-Dalam Herbalife tiada perlumbaan.
 Tak kisah level apa yang penting sapa yang bertahan dia akan jadi pemenang. Ikhlas bertahan di Herbalife dan let it go apa yang bukan menjadi milik kita lagi.

Dan paling best,Ibu Marina menceritakan journey pada tahun ke8 dia bersama Herbalife yang membuat dia hampir keluar kerana give up. Saat itu dia marah dengan kehidupan, tiada yang kekal makan produk, seorang demi seorang supervisor hilang dan pin MILLIONAIRE TEAM tapi production WORLD TEAM.

Tiga keretanya ditarik kerana tidak mampu bayar ansuran bulanan, dan adik beradiknya mencaci dia kerana tidak mampu memberi wang yang dimintak ibunya walaupum sudah 8 tahun bersama Herbalife. Malam itu, dia menangis dan berdoa " I will refuse to give up no matter what". Dia ikhlaskan hati untuk let it go yang semua yang telah berlalu dan memulakan hari baru yang lebih baik dengan menjadi orang yang sama tapi full of courage. 6 bulan selepas itu, she hit President Team's organization. Masya Allah!!

                             She said "Allah akan beri pada saat kita layak".

Bila difikirkan ups and down ini membuat kita jadi humble. Jika tidak diuji dengan kesusahan, kita mungkin lupa. Mungkin bongkak dan membuatkan kemenangan dunia tiada ertinya. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk terus mendaki satu demi satu tangga cabaran yang membawa kepada kehidupan yang aku impikan.


Tuesday, November 25, 2014

Merawat kucing sporo

Hai semua. Baru- baru ni diuji kucing peliharaan keluarga, horlick dijangkiti sporo. Sporo ni sejenis penyakit  kulit yang lambat sembuh disebabkan jangkitan kulat. Ia biasa disebabkan haiwan ini mengalami luka dan menyebabkan lukanya terdedah pada kulat Sporotriochosis yang ada pada tanah.  Ia biasa menjangkiti telinga, ekor, tapak kaki dan hidung.

Awal- awal kami ingat cuma luka biasa sahaja tetapi selepas melarat ke  kaki, aku bawak ke vet kerajaan. Dan saat tu diberitahu horlick mendapat sporo.  Kami dinasihati utk buang horlick di tempat jauh  kerana penyakit ini berjangkit kepada manusia. Malah kami diberitahu jika tidak, kami boleh bawak ke vet swasta utk dirawat  dimana kos rawatan sangat mahal atau kami juga boleh memilih utk put to sleep horlick selamanya. Geram dengan saranan vet yg tak berapa pencinta haiwan, aku google jenis penyakit ini dan alhamdulillah mendapat semangat dan ilmu yg penyakit ini blh sembuh dan boleh dirawat sendri dari rumah. Dan aku paling suka saranan cara merawat sporo dari emandhani blogspot yang menerangkan cara simple merawat kucing sporo. Berikut saranan dari emandhani blogspot yang aku follow

       Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor.
       Kedua   - Cukur bulu horlick di bahagian luka umtuk memudahkan mencuci luka setiap hari. Spray luka dengan antiseptic dan sapu dengan cream povidon. Ubat cuci luka iodin tidak dibenarkan kerana ini menyebabkan luka haiwan itu pedih. Pakaikan kolar khas untuk mengelak kucing menjilat povidon yang disapu.
       Ketiga   -  Beli kapsul Inox di farmasi. Harga ubat ini rm4 sebiji. Ia adalah ubat manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai.Tapi menurut vet yang aku jumpa, dose untuk Horlick adalah 1/2 kapsul inox setiap hari dan 1 biji pil multivitamin penguat hati Liv-25 himalaya diberi selang seli setiap hari yang boleh menguatkan hati kucing terhadap beban ubat antifungal itu. Harga multivitamin ini rm1 sebiji. Multivitamin ini sangat sukar didapati dan aku beli dari klinik haiwan. Kedua- dua capsule  dan pil ini aku bukak dan masukkan kedalam wet food. 


       Keempat - Asingkan horlick dalam sangkar berasingan mengelak menjangkiti kucing lain, sangkar besi yang khas bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih. Kucing ini perlu diberi air bersih kerana ubat Inox akan menyebabkan rasa dahaga.


Berikut gambar horlick yang beransur sembuh. Gambar sebelum dirawat sayangnya aku tidak amik kerana geli luka yang agak teruk.


2minggu selepas dirawat
Sebulan

Alhamdulillah, luka horlick kering pada minggu pertama dan kini horlick hampir sembuh sepenuhnya selepas hampir sebulan. Tapi kami masih dengan teruskan ubat kerana kami difahamkan fungus itu mungkin berada dlm darah lagi. Sekiranya kami berhentikan ubatnya tanpa free sepenuhnya pada fungus, ini akan menyebabkan dia terkena jangkitan sekali lagi dan kali ini sukar dirawat. Kini horlick bebas dari kurungan dan boleh bermain dengan kucing lain seperti biasa. Rasa miracle melihat dia sembuh dengan cepat.

Sekarang aku fokus dengan bobby yang juga disahkan sporo dan lagi teruk. Bobby dinasihatkan diberi dose sebiji inox setiap hari untuk minggu pertama dan dikurangkan kepada separuh untuk minggu seterusnya dan 1 biji liver supplemen selang setiap hari. Namun aku tidak dpt mencuci luka bobby kerana dia agak ganas bila disapu cream. Kini dia hanya dirawat dengan pemberian ubat dan lukanya sudah mula kering dalam beberapa hari. Cuma aku berharap bobby kuat dengan dose tinggi yang disarankan vet.

Sesetengah org akan memandang aneh kerana aku sanggup menghabiskn duit membeli ubat untuk merawat mereka. Malahan kebanyakan vet akan menyarankan put them to sleep jika luka agak parah. Tapi siapa aku untuk menetapkan ajal mereka pada tangan aku. Tapi insyaallah rezeki murah dan ada sahaja datang dari Allah. So, wahai pencinta haiwan sekalian, jangan give up merawat haiwan kesayangan anda dan beri mereka peluang untuk sembuh dan janganla senang-senang menerima nasihat vet untuk menidurkan mereka. Moga rezeki kita terus diberkati dan bertambah luas lagi.