Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Sunday, December 14, 2014

Anniversary pertama kami

Kini genap setahun perkahwinan kami. Masa berlalu begitu cepat dan setahun ini adalah antara setahun terindah dalam hidup sepanjang 25 tahun aku hidup..

He is really the best husband to me. He sacrifice almost everything he has to marry me.  Even lepas kawin pum dia banyak berkorban. Dan selepas aku hamil, berganda lagi kesabaran dia melayan kerenah aku.



Masa tinggal berdua di kl,
Dia yang akan kemas rumah dan masak setiap hari
Dia juga bekerja kuat mencari rezeki
Dia akan angkat barang-barang berat terutama setiap kali pindah rumah
Dia akan rasa bersalah tinggal aku seorang diri utk main futsal dengan kawan.
Dia layan je bila aku murung
Dia biar je aku buat semua keputusan dan dia folow je kerana dia tau aku dh terbiasa decide sendiri.
Masa tinggal dengan family,
Dia uruskan adik oku aku seperti adik sendri.
Dia sabar dengan perangai orang tua aku.
Dia tidak pernah tunjuk susah hati walaupun dia lonely tk kenal sapa2 di sini.
Dia sabar bila aku mula membebel
Dia berusaha menebal muka mencari kawan sekitar area sini
Dia tak pernah kisah untuk belanja duit utk apa yg aku nk beli
Dia  tidak keluar jumpa member kalu aku tk bg
Dia belajar suka kucing dan tak kisah aku bwak kucing tido sekali
Dia bagi je aku bawak kucing jalanan balik walaupum nanti menyusahkan kami

Masa pregnant,
Dia tolong picitkan kaki aku almost setiap malam selepas mengandung.
Dia akan dapatkan segera apa yang aku mengidam nak makan.
Dia akan buat keje rumah
Dia yang akan pujuk setiap kali krisis berlaku walaupun salah aku.
Dia tahan bila aku rimas dan takboleh bau badan dia
Dia pergi keje seorang diri bila aku tak larat
Dia akan tegur makan aku yang tak sihat dan tak good for baby.
Dia akan jadi pengganti chef dan kemas rumah bila aku terbaring je
Dia tak bising bila aku kuat tido
Dia akan diam kalu marah
Dia akan keep ucap i love u walaupun tak berbalas
Dia akan pujuk setiap kli aku merajuk...



Pengorbanan dia terlalu banyak sampai aku selalu memarahi diri sendiri kerana sukar menerima kelemahan dia yang sangat kecil. Dan bila aku tak puas hati, aku akan kutuk banyak dalam kertas then bagi dia baca. Dia sabar je. Tapi teringat pesan mentor aku lelaki dan perempuan yang baru berkahwin akan menghadapi adjustment proses seperti lapisan dalam bumi. Kadang- kadang berlaku gempa bumi, kadang- kadang gunung berapi dan kadang-kadang tsunami. Insya allah semua ini akan mengajar kami menjadi lebih bertoleransi terutama selepas baby keluar tak lama lagi.:)