Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, June 24, 2015

Sebuah kehidupan

Sehari dua ni aku sentiasa rasa murung. Murung dengan situasi kehidupan. Terlalu jauh dari yang aku impikan.

Tapi bila aku fikirkn balik kadang-kadang kita mencari seluruh dunia untuk bahagiakan keluarga kita, tapi sebenarnya bahagia itu bila kita dalam sujud kepadaNya. Usah dirisau tentang masa depan kerana masa  depan itu masih belum pasti. Mungkin sekejap lagi atau esok hari kita sudah pergi mengadap ilahi. Lalui sahaja process kehidupan kita walau di mana sahaja kita berada dan jadikan kehidupan ini sebuah pelajaran yang mendekatkan kepada tuhan. Memikirkan terlalu banyak tentang benda yang belum berlaku membuat kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Aku selalu takut. Takut bagaimana kehidupan akan datang. Namun setiap kesusahan yang ditempuh mempunyai hikmah selepasnya yang sangat besar. Betul sungguh kadang- kadang hadiah kita berbungkus kotor dan hitam tapi di dalamnya terdapat nikmat dan hikmah yang cukup besar dan berharga.

Aku pujukkan hatiku setiap yang berlaku adalah pengalaman yang berharga. Banyak kesilapan lepas yang berlaku aku pujuk diriku "it is okay if it happen now. At least i learn and it not happen when i am old." Namun bukan senang harus aku akui untuk mendapatkan kesabaran yang tinggi. Perkara yang muslim perlu sabar adalah "Sabar dengan maksiat, sabar dengan ketaatan dan sabar dengan musibah". Untuk mendapat kesabaran ini, berapa liter air mata yang harus aku habisi dan berapa banyak masa yang perlu aku bersendiri.

Kadang-kadang aku rasa alangkah selesanya kehidupan makan gaji, keluar bekerja dan rezeki akhir bulan pasti ada. Namun aku telah memilih perniagaan sebagai kerjaya aku dan aku harus terima perniagaan tidak akan dapat lari dari jatuh dan bangun. Banyak bawah dari atas dan ketika di atas, kita beringat dan ketika di bawah kita bersyukur.

Banyak nasihat orang tua yang dulu kita abaikan dan kini aku baru mula fahami hikmahnya. Kadang- kadang sesuatu yang kita tak faham sebenarnya bukan sebab benda tu tidak betul tapi bukan masa untuk kita faham dan ilmu kita ketika itu tidak tercapai akal lagi untuk kita fahami. Tapi orang tua sentiasa makan garam lebih lama daripada kita dan mereka mengetahui kerana telah menempuh semua benda itu.

Dan aku bersyukur dikurniakan ibubapa yang sangat bijaksana. Bijaksana dan sabar dalam menguruskan cabaran, bijak dalam menguruskan kewangan dan paling penting bijaksana mendidik keluarga untuk kesyurga. Dan aku bersyukur sangat mereka menyokong passion aku dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan nutrisi.

Sesungguhnya dunia ini adalah neraka bagi orang mukmin dan akhirat adalah syurga bagi kita semua. Oleh itu, insyaallah setiap kesusahan, perit getir yang kita lalui hidup ini tidak sia-sia jika Syurga Allah yang ingin kita kejar. Moga kita terus diberikan kesabaran menempuh dugaan demi dugaan.

Thursday, June 18, 2015

Pulau Perhentian

Hai semua.....
Kali ni aku nak promote pasal Pulau Perhentian yang mana sangat dekat dengan rumah aku. Dari dulu lagi aku sangat excited untuk promote sapa-sapa orang luar yang datang Besut dan Terengganu untuk pergi Pulau Perhentian. Kalu tak silap aku, pulau ini antara pulau tercantik di dunia. That why banyak may saleh yang datang ke sini. Pulau ni terdiri Pulau Perhentian besar dan Pulau Perhentian kecil.


Apa yang best adalah aktiviti snorkeling di laut yang masih terpelihara. Selain tu, boleh main banana boat, kayak dan pelbagai aktiviti yang lain. Tempat ni sangat best untuk menghilangkan stress atau untuk menenangkan fikiran.





Lagipum harga pakej ke Pulau Perhentian pum sangat murah. Bermula RM95 termasuk boat pergi balik dari jeti Kuala Besut ke pulau dan pulau ke jeti semula + snorkeling. Harga kalu termasuk hotel bru mencecah RM200 bergantung pada harga hotel.

Sapa-sapa yang nak datang, pm aku. Aku boleh volunteer jadi tourist guide korang secara percuma kalu kebetulan aku lapang.Ok.Bai.