Kita semua
hidup bersuluhkan impian dan cita-cita. Disiplin mana kita terus melangkah, selaju mana kita
berlari, sekuat mana kita bangkit bila diuji dengan kejatuhan. Hanya impian dan
cita-cita kita yang akan membuatkan kita terus dan terus dan terus.
Perjalanan seseorang tanpa impian dan cita-cita yang serius umpama menaiki
kereta tanpa arah tuju.Cita-cita setiap orang berbeza. Perbezaan ini mewujudkan
diversity di dalam masyarakat. Keseimbangan. Adanya jihad pada ekonomi, ada
yang jihad pada tenaga, ada yang jihad pada ilmu, dan ada juga jihadnya
membentuk keluarga mukmin terbaik. Dan jihad aku lebih kepada ekonomi.
Impian
dari kecil aku adalah:
1) Menjadi wanita career yang berjaya
2) Tidak terikat kepada
perkahwinan atau kalu ada jodoh
berkahwin lewat dalam 30an/40an. Aku
memang anti lelaki dari sekolah menengah. Aku sendiri lupa mengapa aku bencikan lelaki
dari kecil lagi.
3) Menjadi
gadis muda yang ada Financial Freedom"
Bila usia
mencecah 19tahun, aku mula mencari peluang bisnes yang menjamin masa depan.
Pelbagai bisnes kecil-kecilan yang aku buat di UIA. Sehingga aku terjumpa
Herbalife bisnes. Dan impian aku juga ter’ubah’ apabila seorang lelaki hadir dalam
hidup aku memberikan cinta. Hati mula berbunga-bunga.
Kita berkenalan
hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila
kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana
harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak
persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Ini membuat
aku terlupa sekejap tentang impian aku untuk tidak terikat komitmen perkahwinan.
Aku nampak keindahan perkahwinan itu dalam dunia Herbalife. Tambahan lagi,
environment Herbalife yang mempromote perkahwinan awal membuatkan aku mula
terfikir berumah tangga dan melupakan trauma tidak percaya pada lelaki .
Istikharah
setiap hari bermula perkenalan kami mengatakan dia orangnya. Namun jalan kepada
perkahwinan tidak begitu clear. At the one time, aku doa
Allah, aku dah taknak main-main dengan hati dan keadaan. Kalau
dia benar untuk aku, aku pohon Engkau mudahkanlah terus segalanya. Aku dah tak
mahu menanti. Kalau dia bukan untuk aku, Engkau pisahkanlah kami serta-merta
dengan perpisahan yang baik. Kalau dia untuk aku, cuma bukan sekarang waktunya,
Engkau tenangkan hati aku, hilangkan rasa cinta ini, dan temukanlah kami semula
pada waktu yang Engkau dah tetapkan."
Dan Allah menjawab doaku serta merta. Keesokkan harinya dia memutuskan supaya aku
tidak perlu menantinya lagi. Di situ aku teringat semula tentang impian yang
terkubur.
Aku kehilangan impian terbesar aku yang aku
usahakan selama ini. Keje kuat aku untuk membina keluarga yang selesa hilang
begitu sahaja.
Tapi kuasa
Allah,dia tidak tinggalkan aku begitu
sahaja. Dia bangkitkan impian kecil aku semula untuk hidup yang lebih baik
paling tidak untuk 4 tahun akan datang.
Keburukan
aku: aku sangat setia.
Walaupun
penantian aku tidak kemana, hati aku patah tapi Allah datangkan aku impian
baru. Aku memilih untuk kembali kepada impian lama aku dari kecil; menjadi
wanita berkareer yang hidupnya berkhidmat kepada ramai orang berbanding
berkhidmat kepada seorang lelaki yang bernama suami. Yup, aku tidak sepatutnya
berputus asa. Tapi setiap orang impian berbeza. Impian aku untuk menjadi wanita
yang berjaya tanpa lelaki di sisi. Hati aku tegas mengatakan dia menjadi lelaki
terakhir yang pernah hadir.
Daripada
kecil aku memang budak yang mempunyai loyalty yang tinggi. Aku refuse untuk
pakai baju baru dari umur 3 tahun. Aku
menangis bila kena naik kereta vios aku yang baru sebab sayang kereta yang
lama. Apalagi melibatkan soal hati dimana aku meletakkan sepenuh kepercayaan
yang dia dijadikan untuk aku.
Teringat
zaman kecil aku ketika kami beradik bermain hayunan cincin. Jumlah ayunan cincin
yang diambik untuk berhenti menunjukkan
usia kami ketika berkahwin.. Kakak-kakak aku semua berhenti pada usia
20an-30an.. Tapi ayunan cincin aku enggan berhenti walaupun lebih 100 kali.
Walaupun diulang berkali, ayunan cincin masih enggan berhenti. Hahaha. At the
time, semua adik beradik gelakkan aku dan berkata aku takkan berkahwin..
Tapi aku
bersyukur dalam hidupku walaupun impian aku untuk kekal single, Allah pernah
datangkan memory indah aku menunjukkan kekuasaan dia mencipta perasaan antara
lelaki dan wanita. Dia lelaki yang terlalu sempurna untuk aku dan aku doakan
dia mendapat wanita yang sesempurna dan dapat melengkapi hidupnya.
Cukup cinta Allah bagiku buat masa ini. Moga Allah
angkatkan cintaNya sehingga aku tidak memerlukan cinta manusia lagi.