Namun ada jugak setengah orang yang aku jumpa hingga ke tua masih dengan negatifnya, masih tiada harta dan terpaksa bekerja menyara diri dan kesiannya anak juga tidak berapa menjadi.
Dan aku temui jawapan dalam buku No Excuse by Brian Tracy. Punca kegagalan adalah memilih mekanisma yang salah sepanjang hidupnya.
Mechanisma kejayaan
- Apabila manusia memilih laluan yang sukar perjalanannya, aktiviti berfaedah yang perlu bagi mencapai disiplin diri dan cita-cita.
- Apabila manusia memilih laluan hidup yang sentiasa mudah aktivitinya, sentiasa berseronok dan bebas tanpa kongkongan.
So bagaimana mahu mengatasi mekanisma kegagalan??
Mekanisma kegagalan dapat diatasi dengan mempunyai cita-cita yang ingin dicapai. Setiap aktiviti kehidupan dipilih secara teliti demi mencapai kejayaan walaupun sukar. Setiap kali aku rasa penat dan ingin berpatah kembali, aku ingatkan balik apa yang aku sebenar inginkan. So setiap saat yang terbuang dengan sia-sia membuat aku membenci diri sendiri. Dan setiap kali aku mengikut hati yang aku penat, aku rasa sangat marah dengan diri sendiri sebab bersikap lemah.
Sangat ingin mencontohi kerja kuat ibubapaku dan bagaimana mereka menggunakan saat hidup mereka tanpa sedetik pum sia-sia walaupum pada saat ini mereka sudah ada segala-galanya. Aku berharap sangat moga aku diberi kekuatan untuk bekerja kuat sepanjang hidupku dan setiap saat hidup aku adalah menuju ke matlamat dunia dan akhirat aku.
No comments:
Post a Comment