Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday, November 25, 2014

Merawat kucing sporo

Hai semua. Baru- baru ni diuji kucing peliharaan keluarga, horlick dijangkiti sporo. Sporo ni sejenis penyakit  kulit yang lambat sembuh disebabkan jangkitan kulat. Ia biasa disebabkan haiwan ini mengalami luka dan menyebabkan lukanya terdedah pada kulat Sporotriochosis yang ada pada tanah.  Ia biasa menjangkiti telinga, ekor, tapak kaki dan hidung.

Awal- awal kami ingat cuma luka biasa sahaja tetapi selepas melarat ke  kaki, aku bawak ke vet kerajaan. Dan saat tu diberitahu horlick mendapat sporo.  Kami dinasihati utk buang horlick di tempat jauh  kerana penyakit ini berjangkit kepada manusia. Malah kami diberitahu jika tidak, kami boleh bawak ke vet swasta utk dirawat  dimana kos rawatan sangat mahal atau kami juga boleh memilih utk put to sleep horlick selamanya. Geram dengan saranan vet yg tak berapa pencinta haiwan, aku google jenis penyakit ini dan alhamdulillah mendapat semangat dan ilmu yg penyakit ini blh sembuh dan boleh dirawat sendri dari rumah. Dan aku paling suka saranan cara merawat sporo dari emandhani blogspot yang menerangkan cara simple merawat kucing sporo. Berikut saranan dari emandhani blogspot yang aku follow

       Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor.
       Kedua   - Cukur bulu horlick di bahagian luka umtuk memudahkan mencuci luka setiap hari. Spray luka dengan antiseptic dan sapu dengan cream povidon. Ubat cuci luka iodin tidak dibenarkan kerana ini menyebabkan luka haiwan itu pedih. Pakaikan kolar khas untuk mengelak kucing menjilat povidon yang disapu.
       Ketiga   -  Beli kapsul Inox di farmasi. Harga ubat ini rm4 sebiji. Ia adalah ubat manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai.Tapi menurut vet yang aku jumpa, dose untuk Horlick adalah 1/2 kapsul inox setiap hari dan 1 biji pil multivitamin penguat hati Liv-25 himalaya diberi selang seli setiap hari yang boleh menguatkan hati kucing terhadap beban ubat antifungal itu. Harga multivitamin ini rm1 sebiji. Multivitamin ini sangat sukar didapati dan aku beli dari klinik haiwan. Kedua- dua capsule  dan pil ini aku bukak dan masukkan kedalam wet food. 


       Keempat - Asingkan horlick dalam sangkar berasingan mengelak menjangkiti kucing lain, sangkar besi yang khas bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih. Kucing ini perlu diberi air bersih kerana ubat Inox akan menyebabkan rasa dahaga.


Berikut gambar horlick yang beransur sembuh. Gambar sebelum dirawat sayangnya aku tidak amik kerana geli luka yang agak teruk.


2minggu selepas dirawat
Sebulan

Alhamdulillah, luka horlick kering pada minggu pertama dan kini horlick hampir sembuh sepenuhnya selepas hampir sebulan. Tapi kami masih dengan teruskan ubat kerana kami difahamkan fungus itu mungkin berada dlm darah lagi. Sekiranya kami berhentikan ubatnya tanpa free sepenuhnya pada fungus, ini akan menyebabkan dia terkena jangkitan sekali lagi dan kali ini sukar dirawat. Kini horlick bebas dari kurungan dan boleh bermain dengan kucing lain seperti biasa. Rasa miracle melihat dia sembuh dengan cepat.

Sekarang aku fokus dengan bobby yang juga disahkan sporo dan lagi teruk. Bobby dinasihatkan diberi dose sebiji inox setiap hari untuk minggu pertama dan dikurangkan kepada separuh untuk minggu seterusnya dan 1 biji liver supplemen selang setiap hari. Namun aku tidak dpt mencuci luka bobby kerana dia agak ganas bila disapu cream. Kini dia hanya dirawat dengan pemberian ubat dan lukanya sudah mula kering dalam beberapa hari. Cuma aku berharap bobby kuat dengan dose tinggi yang disarankan vet.

Sesetengah org akan memandang aneh kerana aku sanggup menghabiskn duit membeli ubat untuk merawat mereka. Malahan kebanyakan vet akan menyarankan put them to sleep jika luka agak parah. Tapi siapa aku untuk menetapkan ajal mereka pada tangan aku. Tapi insyaallah rezeki murah dan ada sahaja datang dari Allah. So, wahai pencinta haiwan sekalian, jangan give up merawat haiwan kesayangan anda dan beri mereka peluang untuk sembuh dan janganla senang-senang menerima nasihat vet untuk menidurkan mereka. Moga rezeki kita terus diberkati dan bertambah luas lagi.

27 comments:

  1. Terima kasih atas info yang berguna ini...

    ReplyDelete
  2. Term ksh sy puas ngs sdh bila dktor ckp kena tdokn oyen sbb oyen dijngkiti sporo.sy n suami tgh usaha utk rawatan oyen.term ksh atas info ni

    ReplyDelete
  3. My cat ada tanda tanda sporo ni dekat kaki and ekor. Dah about 2 bulan dah tapi tak merebak banyak. So kami rasa tak lah teruk sangat. Kan? Thanks for the tips. Nnti i try.

    ReplyDelete
  4. Thanks for the informational info. Blh sy tahu kt mn blh beli inox and liver vitamin tu?

    ReplyDelete
  5. Saya pn ada kucing kena sporo... nk pegi beli Inox kt farmasi..tp org farmasi xbg...kena ada surat doktor.. awak beli kt mna ye?

    ReplyDelete
  6. Saya pn ada kucing kena sporo... nk pegi beli Inox kt farmasi..tp org farmasi xbg...kena ada surat doktor.. awak beli kt mna ye?

    ReplyDelete
  7. Saya pn ada kucing kena sporo... nk pegi beli Inox kt farmasi..tp org farmasi xbg...kena ada surat doktor.. awak beli kt mna ye?

    ReplyDelete
  8. Saya dah berjaya merawat kucing saya yg berpenyakit sporo dlm masa 20 hari saja...bkn dgn ubat
    Mula2 memang gi rawat kat vet..dah kena cucuk dan makan ubat selama 3 bulan, kudis2 nya tak baik dan makin banyak dan luas....disebabkan fikiran dah buntu, dgn tak sengaja saya cuba alternatif lain dan ajaibnya semua luka nya sembuh dlm masa 20 hari...siapa yg dh buntu dlm merawat sporo pada kucing kesayangan dan nak cuba, boleh whatsapp saya 0182227022...mokku

    ReplyDelete
  9. Saya dah berjaya merawat kucing saya yg berpenyakit sporo dlm masa 20 hari saja...bkn dgn ubat
    Mula2 memang gi rawat kat vet..dah kena cucuk dan makan ubat selama 3 bulan, kudis2 nya tak baik dan makin banyak dan luas....disebabkan fikiran dah buntu, dgn tak sengaja saya cuba alternatif lain dan ajaibnya semua luka nya sembuh dlm masa 20 hari...siapa yg dh buntu dlm merawat sporo pada kucing kesayangan dan nak cuba, boleh whatsapp saya 0182227022...mokku

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...sy pn tgh blur ni...tlg pm no fon or pe2 sng d cntact

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...sy pn tgh blur ni...tlg pm no fon or pe2 sng d cntact

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Nk tnya dekat mna bolh dptkn spary antiseptic dgn cream povidon tu? Sebb sy tgh merawat kucing saya yg sakit sporo. Atau ada cdgn lain mcm mna nk rawat kucing sporo.? Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Nk tnya dekat mna bolh dptkn spary antiseptic dgn cream povidon tu? Sebb sy tgh merawat kucing saya yg sakit sporo. Atau ada cdgn lain mcm mna nk rawat kucing sporo.? Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. salam..kt mna awk beli spry antiseptic n cream povidon tu.. dkt farmasi or vet.. bleh tnjuk gambaq skali tak.. sy pn tgh merwt kucing sporo.. sy dh bwak g vet tp dh 2 bulan lbh luka tu x kering lg..

    ReplyDelete
  16. salam..kt mna awk beli spry antiseptic n cream povidon tu.. dkt farmasi or vet.. bleh tnjuk gambaq skali tak.. sy pn tgh merwt kucing sporo.. sy dh bwak g vet tp dh 2 bulan lbh luka tu x kering lg..

    ReplyDelete
  17. Bru je pegi vet kerajaan tadi, die suspek kucing sy kene sporo,vet ade bg tau pnyakit ni bahaya n boleh bg jangkitan kat manusia. Sy sebenanye takut jugak nk handle sbb takut tkene jankitan sbb dh baca kat artikel kalau nk rawat kite kene siap pki mask pkai baju lengan pnjang bagai. Lepas ni kenw consult dengan vet swasta pulak sbb nk dptkn bekalan ubat. Sedih sangat kucing kesayangan jadi mcm ni ...

    ReplyDelete
  18. Salam, kucing saya kene juga. Berubat klinik tp ubat hati tu sy nk cuba la..tq

    ReplyDelete
  19. salam .. kucing sy pon baru kena sporo .. muka , kaki , leher semua da luka...

    ReplyDelete
  20. Eima pn nk buat laa. Dh nangis teruk hari ni Sebab vet suh put them to sleep.. Xsanggup rasanya.. Kesygan.. Hrp sgt dpt ubat dia..

    ReplyDelete
  21. http://nafsusexliar.blogspot.com/2017/02/30-foto-hot-anak-sma-zaman-sekarang-no.html
    http://likalikuhidupkita.blogspot.com/2017/05/tampar-mulut-besar-rizieq-raja-salman.html
    http://kasqqagenjudiaman.blogspot.com/2017/03/cerita-dewasa-goyangan-maut-istri.html
    http://ayongerumpiyok.blogspot.com/2017/05/tampar-mulut-besar-rizieq-raja-salman.html
    http://suararakyat24.blogspot.com/2017/02/pengacara-ahok-kini-ancam-sby.html
    http://mediapulik.blogspot.com/2017/05/tampar-mulut-besar-rizieq-raja-salman.html
    http://beritaterupdate24.blogspot.com/2016/11/galang-dana-kampanye-tiket-dinner-with.html
    http://sindoupdate.blogspot.com/2016/11/agus-akan-beri-bantuan-langsung-tunai.html
    http://doelupdates.blogspot.com/2017/05/senjata-makan-tuan-ketika-rizieq.html
    http://infojudidomino.blogspot.com/2017/01/cipto-junaedy-tokoh-bisnis-profesional.html
    http://dailygoldenews.blogspot.com/2017/05/senjata-makan-tuan-ketika-rizieq.html
    http://seputarindonesia24.blogspot.com/2017/01/takbir-perselingkuhan-habib-rizieg.html

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum...tumpang tanya, kucing sporo ni ada kena patang apa2 jenis makananan tak? Contoh, tak boleh makan sotong ke? Ayam goreng ke? Atau boleh makan semua? Terima kasih.

    ReplyDelete