Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Sunday, December 14, 2014

Anniversary pertama kami

Kini genap setahun perkahwinan kami. Masa berlalu begitu cepat dan setahun ini adalah antara setahun terindah dalam hidup sepanjang 25 tahun aku hidup..

He is really the best husband to me. He sacrifice almost everything he has to marry me.  Even lepas kawin pum dia banyak berkorban. Dan selepas aku hamil, berganda lagi kesabaran dia melayan kerenah aku.



Masa tinggal berdua di kl,
Dia yang akan kemas rumah dan masak setiap hari
Dia juga bekerja kuat mencari rezeki
Dia akan angkat barang-barang berat terutama setiap kali pindah rumah
Dia akan rasa bersalah tinggal aku seorang diri utk main futsal dengan kawan.
Dia layan je bila aku murung
Dia biar je aku buat semua keputusan dan dia folow je kerana dia tau aku dh terbiasa decide sendiri.
Masa tinggal dengan family,
Dia uruskan adik oku aku seperti adik sendri.
Dia sabar dengan perangai orang tua aku.
Dia tidak pernah tunjuk susah hati walaupun dia lonely tk kenal sapa2 di sini.
Dia sabar bila aku mula membebel
Dia berusaha menebal muka mencari kawan sekitar area sini
Dia tak pernah kisah untuk belanja duit utk apa yg aku nk beli
Dia  tidak keluar jumpa member kalu aku tk bg
Dia belajar suka kucing dan tak kisah aku bwak kucing tido sekali
Dia bagi je aku bawak kucing jalanan balik walaupum nanti menyusahkan kami

Masa pregnant,
Dia tolong picitkan kaki aku almost setiap malam selepas mengandung.
Dia akan dapatkan segera apa yang aku mengidam nak makan.
Dia akan buat keje rumah
Dia yang akan pujuk setiap kali krisis berlaku walaupun salah aku.
Dia tahan bila aku rimas dan takboleh bau badan dia
Dia pergi keje seorang diri bila aku tak larat
Dia akan tegur makan aku yang tak sihat dan tak good for baby.
Dia akan jadi pengganti chef dan kemas rumah bila aku terbaring je
Dia tak bising bila aku kuat tido
Dia akan diam kalu marah
Dia akan keep ucap i love u walaupun tak berbalas
Dia akan pujuk setiap kli aku merajuk...



Pengorbanan dia terlalu banyak sampai aku selalu memarahi diri sendiri kerana sukar menerima kelemahan dia yang sangat kecil. Dan bila aku tak puas hati, aku akan kutuk banyak dalam kertas then bagi dia baca. Dia sabar je. Tapi teringat pesan mentor aku lelaki dan perempuan yang baru berkahwin akan menghadapi adjustment proses seperti lapisan dalam bumi. Kadang- kadang berlaku gempa bumi, kadang- kadang gunung berapi dan kadang-kadang tsunami. Insya allah semua ini akan mengajar kami menjadi lebih bertoleransi terutama selepas baby keluar tak lama lagi.:)

Thursday, November 27, 2014

Tahun ke-5 dengan Herbalife dan lesson from Kick Off Spectacular.


Sekarang lebih 5 tahun dalam bisnes Herbalife, bermacam-macam ups dan down yang terpaksa ditempuhi. Lantaran kesukaran dan onak duri, aku melihat seorang demi seorang memilih untuk give up dan berhenti. Sometimes aku akui aku juga pernah berfikir kenapa aku perlu teruskan mendaki dan melalui cabaran demi cabaran sedangkan aku boleh memilih untuk hidup di dalam zone selesa makan gaji. Sometimes, kadang-kadang aku akui aku hampir terpengaruh untuk menerima pekerjaan sebagai pharmacist. Mana tidaknya berapa ramai yang terkejut dengan tindakan aku memilih melalui kerja sendiri dengan company Herbalife sebagai kerjaya sedangkam segulung ijazah yang menjanjikan pekerjaan ada di depan mata.

Tapi bila hati mula goyah, aku istikharah mintak kekuatan jika betul Herbalife jalan yang terbaik untuk aku sebagai kerjaya seluruh hidup aku, moga Allah beri aku kekuatan untuk teruskan dan tetapkan pendirian aku. Masya Allah, selepas istikharah pasti satu demi satu keyakinan dan kepercayaan datang. Disebabkan itu, aku kekal hingga sekarang.

Last week, aku menghadiri Kick Off Spectacular di Klang.


Speaker adalah Ibu Marina yang sudah 15 tahun bersama Herbalife. Dulu adalah penjual nasi uduk di jalanan kini adalah 30K President Team di Indonesia. Masya allah sangat bersyukur terpilih untuk datang dan journey 15 tahun dia betul-betul memberi inspirasi kepada kami.


Berikut adalah apa yang kami belajar yang betul-betul menyentuh hati kami.

1-Bersyukur dan bahagia bila lapang mahupum sempit.
   Bersyukur akan menambah rezeki.Ups and down adalah sebuah process. Setiap kali kita melepasi kesusahan, kita naik lagi peningkatan diri. Mana boleh mahu graduate jika tidak mahu menempuhi ujian.

2-Akui Herbalife tidak mudah.
    Journey dalam Herbalife memang tidak mudah kerana hidup memang dijadikan tidak mudah. Kalupum kami give up dengan Herbalife, kami tetap kena kerja keras, kena jaga kesihatan dan kena  berbuat baik dengan orang. Apapum kita lakukan di luar Herbalife, sama sahaja rintangan dan cabarannya dengan dalam Herbalife. Mengapa tidak bersakit-sakit dengan Herbalife  tetapi hasilnya luar biasa. Sedangkan nabi sendiri hidupnya sengsara jadi jangan mengharap bisnes kita tidak sengsara.

3-Kita berada di dalam Herbalife bukan untuk dunia tapi juga akhirat.
 Herbalife bukan kereta, rumah atau berapa banyak yang kita miliki tetapi berapa jangkaan hidup orang yag berubah disebabkan tangan kita.

4-Jangan menuntut banyak jika belum melakukan banyak.
Journey dalam Herbalife adalah pendakian yang tidak mudah dan tidak akan berhenti. Teruskan mendaki dan jika penat boleh berehat sebentar tapi teruskan melangkah selepas itu. Ramai yang menyerah dan quit kerana mencari jalan pintas dan jalan mudah.



5-Dalam Herbalife tiada perlumbaan.
 Tak kisah level apa yang penting sapa yang bertahan dia akan jadi pemenang. Ikhlas bertahan di Herbalife dan let it go apa yang bukan menjadi milik kita lagi.

Dan paling best,Ibu Marina menceritakan journey pada tahun ke8 dia bersama Herbalife yang membuat dia hampir keluar kerana give up. Saat itu dia marah dengan kehidupan, tiada yang kekal makan produk, seorang demi seorang supervisor hilang dan pin MILLIONAIRE TEAM tapi production WORLD TEAM.

Tiga keretanya ditarik kerana tidak mampu bayar ansuran bulanan, dan adik beradiknya mencaci dia kerana tidak mampu memberi wang yang dimintak ibunya walaupum sudah 8 tahun bersama Herbalife. Malam itu, dia menangis dan berdoa " I will refuse to give up no matter what". Dia ikhlaskan hati untuk let it go yang semua yang telah berlalu dan memulakan hari baru yang lebih baik dengan menjadi orang yang sama tapi full of courage. 6 bulan selepas itu, she hit President Team's organization. Masya Allah!!

                             She said "Allah akan beri pada saat kita layak".

Bila difikirkan ups and down ini membuat kita jadi humble. Jika tidak diuji dengan kesusahan, kita mungkin lupa. Mungkin bongkak dan membuatkan kemenangan dunia tiada ertinya. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk terus mendaki satu demi satu tangga cabaran yang membawa kepada kehidupan yang aku impikan.


Tuesday, November 25, 2014

Merawat kucing sporo

Hai semua. Baru- baru ni diuji kucing peliharaan keluarga, horlick dijangkiti sporo. Sporo ni sejenis penyakit  kulit yang lambat sembuh disebabkan jangkitan kulat. Ia biasa disebabkan haiwan ini mengalami luka dan menyebabkan lukanya terdedah pada kulat Sporotriochosis yang ada pada tanah.  Ia biasa menjangkiti telinga, ekor, tapak kaki dan hidung.

Awal- awal kami ingat cuma luka biasa sahaja tetapi selepas melarat ke  kaki, aku bawak ke vet kerajaan. Dan saat tu diberitahu horlick mendapat sporo.  Kami dinasihati utk buang horlick di tempat jauh  kerana penyakit ini berjangkit kepada manusia. Malah kami diberitahu jika tidak, kami boleh bawak ke vet swasta utk dirawat  dimana kos rawatan sangat mahal atau kami juga boleh memilih utk put to sleep horlick selamanya. Geram dengan saranan vet yg tak berapa pencinta haiwan, aku google jenis penyakit ini dan alhamdulillah mendapat semangat dan ilmu yg penyakit ini blh sembuh dan boleh dirawat sendri dari rumah. Dan aku paling suka saranan cara merawat sporo dari emandhani blogspot yang menerangkan cara simple merawat kucing sporo. Berikut saranan dari emandhani blogspot yang aku follow

       Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor.
       Kedua   - Cukur bulu horlick di bahagian luka umtuk memudahkan mencuci luka setiap hari. Spray luka dengan antiseptic dan sapu dengan cream povidon. Ubat cuci luka iodin tidak dibenarkan kerana ini menyebabkan luka haiwan itu pedih. Pakaikan kolar khas untuk mengelak kucing menjilat povidon yang disapu.
       Ketiga   -  Beli kapsul Inox di farmasi. Harga ubat ini rm4 sebiji. Ia adalah ubat manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai.Tapi menurut vet yang aku jumpa, dose untuk Horlick adalah 1/2 kapsul inox setiap hari dan 1 biji pil multivitamin penguat hati Liv-25 himalaya diberi selang seli setiap hari yang boleh menguatkan hati kucing terhadap beban ubat antifungal itu. Harga multivitamin ini rm1 sebiji. Multivitamin ini sangat sukar didapati dan aku beli dari klinik haiwan. Kedua- dua capsule  dan pil ini aku bukak dan masukkan kedalam wet food. 


       Keempat - Asingkan horlick dalam sangkar berasingan mengelak menjangkiti kucing lain, sangkar besi yang khas bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih. Kucing ini perlu diberi air bersih kerana ubat Inox akan menyebabkan rasa dahaga.


Berikut gambar horlick yang beransur sembuh. Gambar sebelum dirawat sayangnya aku tidak amik kerana geli luka yang agak teruk.


2minggu selepas dirawat
Sebulan

Alhamdulillah, luka horlick kering pada minggu pertama dan kini horlick hampir sembuh sepenuhnya selepas hampir sebulan. Tapi kami masih dengan teruskan ubat kerana kami difahamkan fungus itu mungkin berada dlm darah lagi. Sekiranya kami berhentikan ubatnya tanpa free sepenuhnya pada fungus, ini akan menyebabkan dia terkena jangkitan sekali lagi dan kali ini sukar dirawat. Kini horlick bebas dari kurungan dan boleh bermain dengan kucing lain seperti biasa. Rasa miracle melihat dia sembuh dengan cepat.

Sekarang aku fokus dengan bobby yang juga disahkan sporo dan lagi teruk. Bobby dinasihatkan diberi dose sebiji inox setiap hari untuk minggu pertama dan dikurangkan kepada separuh untuk minggu seterusnya dan 1 biji liver supplemen selang setiap hari. Namun aku tidak dpt mencuci luka bobby kerana dia agak ganas bila disapu cream. Kini dia hanya dirawat dengan pemberian ubat dan lukanya sudah mula kering dalam beberapa hari. Cuma aku berharap bobby kuat dengan dose tinggi yang disarankan vet.

Sesetengah org akan memandang aneh kerana aku sanggup menghabiskn duit membeli ubat untuk merawat mereka. Malahan kebanyakan vet akan menyarankan put them to sleep jika luka agak parah. Tapi siapa aku untuk menetapkan ajal mereka pada tangan aku. Tapi insyaallah rezeki murah dan ada sahaja datang dari Allah. So, wahai pencinta haiwan sekalian, jangan give up merawat haiwan kesayangan anda dan beri mereka peluang untuk sembuh dan janganla senang-senang menerima nasihat vet untuk menidurkan mereka. Moga rezeki kita terus diberkati dan bertambah luas lagi.

Friday, October 24, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta

Hai semua...just nk share  tempat di mana di sini lahirnya sebuah cinta, our nutrition club, Nutrijerteh. Cewah!

Kelab nutrisi kami adalah tempat dimana orang -orang yang cakna kesihatan berkumpul. Aku suka style kelab nutrisi ini sebab dengan kelab nutrisi aku betul-betul rasa aku dapat membantu orang untuk menjadi lebih sihat. Mana tidaknya tenaga aku sepenuhnya pada kelab. Kalu dulu, tenaga banyak dihabiskan atas kereta membuatkan kualiti service pada customer kurang. Sekarang, aktiviti timbang, coaching dan follow up semua dari kelab sahaja.

Kelab nutrisi kami hanyalah dibuka 2 jam sahaja untuk tetamu datang minum. So dalam tempoh limited ini, diorang akan datang serentak dan berkongsi perubahan dan testimoni sambil minum shake dalam keadaan happy
They also will have new info every day about how to maintain good health and ideal weight. Kita juga akan berkumpul untuk aktiviti riadah di luar  sperti berkelah, jogging every weekend di stadium kg raja dan yang akan datang Cameron Highlands visit.



In our deepest memory

Pada sabtu lepas adalah antara hari kami diuji agak berat setelah lama tidak diuji. Kami kehilangan buah hati kami pengikat hubungan aku dan Aizat, kucing pertama milik kami berdua. Saat kami melihat Fiona buat kali terakhir adalah ketika kami keluar bergerak keluar dari pagar. Kali ni, agak pelik kerana tidak seperti biasa fiona dan Itam akan mogok di bawah tayar untuk tidak membenarkan kami keluar kerja seperti biasa.


Malam pulang dari STS, kami agak pelik. Yang kelihatan menyambut kami pulang cuma Itam sahaja. Tapi disebabkan malam agak lewat, aku memilih untuk mencari dia esok pagi dan malam itu kami cuma tidur ditemani Itam.

Keesokkan pagi, aku mecari keliling rumah. Pelik sangat sebab berkali memanggil, dia masih tidak kelihatan.Then aku meminta Aizat pulak mencari. Then Aizat memberitahu dia nampak timbusan tanah dengan cangkul. Saat itu, aku meraung. Aku tahu Fiona pasti dilanggar semalam. Aizat mencangkul tanah itu, dan menjumpai bulu yang kami pasti adalah bulu Fiona. Putih dan halus sangat. Tak tergambar rasa sedih yang amat sanagat. Kami kehilangan kucing yang paling kami sayang.

Masih teringat saat memori indah kami berjumpa Fiona. Dia masuk kelab kami pada malam puasa tahun ini. Dan lihat pada wajahnya dan perangainya, kami tahu dia baru dibuang ke sini. Lalu kami memilih untuk membawanya pulang.

3 malam pertama di rumah kami, kami biarkan dia tidur bersama kami. Mudahnya adalah dia memang akan membuang air dalam tandas. Then dia kemudian cirit birit, dan kami bawak ke vet, kami diberitahu yang dia ulser. 2 minggu dia asyik tido sahaja then kemudian dia diserang kurap. Sekali lagi kami membawak dia menerima rawatan.
Fiona yang asyik sakit awal-awal dibawa balik

Teman tengok movie
 Sejak itu, kami menjadi sangat rapat dia menjadi semakin besar dan cerdik.
Lepak depan bilik kami
 Fiona begitu special di hati kami.Dia kucing yang sangat mementingkan kecantikan. Pantang bulunya kotor pasti akan dijilat dan dia cukup marah ketika kami menganggu dia membersihkan bulunya.


Suka panjat pokok
 Tapi kami tahu memang sudah ajalnya masa. Malam sebelum kami kehilangannya, dia berkelakuan  sangat pelik. Dia marah bila Itam ingin bermain dan moody dengan kami. Kami sangkakan dia berkelakuan begitu disebabkan marah kerana adik baru mengambil tempat tidur dia di dalam bilik kami.
Didenda sebab buat perangai sebab dapat adik
 Kami betul-betul rasa kehilangan begitu juga Itam. Dia nampak sangat moyok selepas kematian Fiona. Fiona kawan 24jam Itam dan mereka selalu bermain bersama-sama. Namun kami sedar dia cuma pinjaman kepada kami dan kami redha dengan pemergiannya.
Malam kesedihan

Sunday, October 12, 2014

First pregnancy

Hai semua!!
Ni entry aku yang pertama sejak disahkan hamil. Bukan sebab morning sickness atau tak larat, tapi sebab password lupa. Symptom of pregnancy. Hehe.        
Ketika period aku lewat 3 hari pum, aku dah dapat rasakan yang aku mengandung. Tambahan pula start rasa mulut loya dan nak makan benda masam je. Tapi aku hanya check dengan pregnancy test bila dah 2 bulan.

So, first trimesta seperti kebanyakan orang yang hamil, aku rasa loya, cramp kaki dan tangan dan paling best tido je memanjang. Masa tu juga memang takboleh bau badan orang, berangin je memanjang, dan start gastric datang. Kesabaran kami suami isteri banyak teruji time ni. Mana tidaknya, Aizat kena sapu seluruh badan dengan minyak yuyi baru boleh tido sebelah. Dahla tu aku cepat rimas dan takboleh bilik bersepah. Moody sangat time tu. Blood pressure pulak turun dan asyik rasa pening. Rasa lemah sangat . Sebulan aku tak keluar keje. Saat tu rasa tak best dan berharap sangat cepat ke second trimesta yang orang kata senang sikit.

Sekarang ku dah 5bulan, alhamdulillah sangat positif. Rajin buat keje rumah atau kerja herbalife (aku boleh mengamuk kalu takdapat keje) tapi yang tak berapa bestnya mood second trimesta ni adalah aku tak suka berhubung dengan orang melalui talefon atau face to face.. Tapi simpton pregnancy yang ketara adalah aku sangat suka binatang terutama kucing. Kucing aku rawat macam anak sendiri.

Tapi serius sangat berdebar untuk masuk third semesta. Orang kata pinggang akan sakit sampai takleh tido malam, dan lagi berdebar bila 4bulan lagi akan beranak. Oh mak! Serius takut bangat! Sakit jarum pum boleh buat aku menjerit ni pula sakit beranak. Tapi apapum aku bersyukur Allah bagi cahaya mata ini datang tepat pada saat kami memang menginginkannya. 

Thursday, June 26, 2014

Kesukaran membesarkan OKU


Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita tentang nasib malang remaja OKU Muhammad Firdaus,15 tahun yang dikurung ibunya dan ditemui pegawai imegresen dalam keadaan sangat menyedihkan. Berikut kronologi peristiwa itu.


Berita ini betul-betul membuatkan aku menitis air mata. Mana tidaknya, aku juga mempunyai adik sebaya Muhammad Firdaus yang juga OKU. Dan aku melihat peritnya ibubapaku menjaga adikku, Abdul Muiz. Dia menjadi tidak normal disebabkan demam panas ketika berusia beberapa bulan. Boleh dikatakan dia antara cabaran yang besar diberikan kepada keluarga kami. Mana tidaknya, sehingga harini, dia masih tidak mampu makan dengan sendiri apalagi ingin mengurus diri sendiri. Kami  yang menyuap makan, mandi, dan  mambasuh kencing merata-rata. Dan dia juga tidak mampu bercakap selain dari Allah, Ma, dan abah... Tapi bersyukurnya dia mampu berjalan seperti orang normal.

Aku masih ingat ketika kecil, dia sangat agresif dan hyperaktif. Sangat mencabar untuk membawa dia berjalan-jalan. Tapi kami bawakkan juga kerana kesian melihat dia terpaksa berkurung dalam rumah. Pantang lupa mengunci pintu pagar rumah, pasti dia terus keluar tanpa selipar sehingga kami terpaksa mencari seluruh kampung.

Malah rumah kami tiada hiasan atau barang-barang yang dibiarkan tergantung. Kerana dia akan menyepahkan seluruh barang. Malah lampu rumah juga terpaksa ditukar beberapa kali kerana pecah disebabkan dia. 

Kini,ketika usia baligh, dia kurang sikit agresif. Malah dia juga kurang berjalan disebabkan sakit lutut dari komplikasi penyakit sawan. Malah kami juga mula bimbang dengan side effect ubat sawan yang telah dimakan dari kecil. Namun, tidak banyak yang kami mampu lakukan melainkan menguruskan ahli syurga ini dengan sabar dan sebaik yang mungkin.

Jujurnya kami selalu menangis kerana penatnya menguruskan Abdul Muiz dari pagi sampai malam. Ada sahaja hal dia. Makan lebih 6 kali sehari. Kencing dan berak kadang-kadang diberitahu kebanyakan tidak. Kami enggan kerap memakaikan pamper kerana kesiankan dia yang rasa tidak selesa. Tapi kadang-kadang hilang sabar juga.

Kini, aku  dan suami menetap di rumah parent, banyak masa aku habiskan mengurus dia. Kesian membiarkan orang tua menjaga dia yang semakin kuat dan lasak yang kadang-kadang mencederakan ibubapaku. Doakan kami kuat dan moga dia menjadi penyelamat kami ke syurga.
Sayang suapkan makan.





Tuesday, June 10, 2014

Feeling bad

Feeling bad about  myself.

Feeling bad about other people.

Blame your surrounding.

Have you ever feel so bad about yourself? Feeling everything is wrong. Feel like u are so useless. Feeling like everyone treat you badly. Feeling like you refuse to live. Refusing to face  anymore hardship and challenge. I do. And to fight this feeling, what I do is


  •  Start being grateful for what u already have while pursue all that you want.

  •  Doing more activities and talking to more people. When I am going for roadshow,there must be somebody I met that I really want to know more and the feeling want to help them so deep.

  •  Go and learn a lot from environment and animals. Even a chick has to face and give hardwork to find food.

  •  Read books and not watching tv. Watching tv is really helpful to make you forget the problems and run away of it but it does not solve your problems at all.

Yes, it is easy to say but not to do. But we have no choice. Keep moving and moving because life is not easy and that why Allah create Jannah. Let struggle and keep winning every challenges until Jannah.


Tuesday, June 3, 2014

Our new Nutrition Club :P


Alhamdulillah. Harini aku diberi kekuatan untuk menulis blog. Bermula fasa baru kehidupan kami berdua. Menetap di Terengganu dan membuka nutrition club di Jerteh.

Nutrition Club kami dinamakan NutriJerteh. NutriJerteh terletak di perhentian bas Jerteh. Sangat kecil dilengkapi aircond dan mampu memuatkan 20 orang pada satu masa. Operation hour cuma 2 jam sahaja iaitu 9-11pagi hari isnin hingga jumaat.
Sehari sebelum dibuka


Club members having shake everyday.

Meriah. Club members dari pelbagai latar belakang
Recognition for those finish 10days programme.

Recognition again!

Anybody serious want to lose weight, gain weight or having daily nutrition, welcome to join 10 DAYS INTENSIVE CLEANING in our club with very minimun budget.

To those outside than this area, feel free to contact us 0133696068 and let we plug you in nutrition club near to your place.

Sunday, March 23, 2014

Pindah rumah

Dua minggu kebelakangan ini adalah hari yang agak kucar kacir bagi kami. Sekali lagi kami mencari rumah untuk pindah urgent. Rumah kedai yang kami duduk baru sebulan dengan harga RM1000 sangat tidak best. Serius rasa tertipu dengan owner cina itu. Rumah itu mengalami masalah limpahan air najis pada minggu ke 2 kami duduki. Malah jiran hadapan kami juga memberitahu limpahan najis itu akan berlaku dalam 4 kali setahun. :O. Walaupum tidak mendapat balik deposit rumah RM3000, kami memilih untuk keluar.

Rumah pertama yang kami lihat adalah

CONDOMINIUM SERI MAS dengan harga RM1100. 
*Partially furnish with 2 aircond and all cabinet. 
*Community50% is malay and 50% is chinese.
*Our opinion: Rumah ini sangat mewah dan harga sangat murah dengan facilities yang ada. We love it. But we dont like the community.

Rumah kedua adalah CONDOMINIUM PRISMA PERDANA
*Sewa RM1000 sebulan.
*Partial furnish with fan and cabinet. No aircond.
*Community majority is chinese.
*Our opinion: We love it but we dont like the environment of chinese just at our previous home. Aku bukan racist tapi aku taknak suami aku memandang wanita berskirt sebagai biasa.

Rumah ketiga APARTMENT JENTAYU di keramat Au3
*Sewa sebulan Rm900.
*Partial furnish with cabinet.
*Community 100% malays. 
Masya Allah, we love this house because of the community of malays here unfortunately this house given to the first caller. Sedih tapi memang pasrah. Seandainya rumah itu terbaik untuk kami, we will get it but if no, we get the better one from Allah. I believe.

Then disebabkan rumah ketiga kami terlepas, kami memilih untuk menerima rumah pertama yang kami tengok. Then sehari sebelum membuat comfirmation payment, kemudian kami melihat mudah.my buat kali terakhir. Then ternampak satu iklan rumah yang murah gila RM650 di Taman bukit Segar. We decide to go for last view.

FLAT / APARTMENT TAMAN BUKIT SEGAR
*Sewa sebulan Rm650
*Tingkat 6 tapi ada lift
*Community: Most malay
Pada awalnya rumah ini tidak menarik bagi kami, kerana kami menginginkan rumah yang selesa. Tapi ketika melangkah masuk rumah, hati aku sejuk sangat. Tenang dan view sangat cantik. Malah owner rumah ini melayu dan sangat baik. So hasil istikharah we decide to rent this house. Dan esoknya juga kami pindah masuk ke rumah ini.

Ruang keje yang selesa
Meja keje mengadap view yang sangat cantik.
Almari produk


View dari tingkap
View dari depan
Masya Allah, journey yang mencabar mencari rumah demi rumah berakhir juga, Pencarian yang sangat berbaloi bagi kami kerana kami akhirnya mendapatkan rumah yang menenangkan kami, selesa, murah dan environment melayu seperti kami berada di kampung. Malah owner melayu yang alim. Dan paling mengejutkan adalah dia hanya meminta deposit rumah sebulan sahaja instead 3 bulan deposit. Walaupum rumah ini tidak mempunyai aircond tapi rumah ini sedia sejuk sentiasa dan tidak memerlukan aircond memandangkan posisi berada di atas bukit.

Kami percaya kepayahan berusaha mendapatkan sesuatu akan memberikan sesuatu yang sangat lumayan..




Wednesday, February 26, 2014

Berdua lebih baik

Teringat lagu Acha Septriasa yang cukup terkenal dulu

Lihat awan di sana
berarak mengikuti
pasti dia pun tahu

ingin aku lewati
lembah hidup yg tak indah
namun harus ku jalani
 

berdua denganmu
pasti lebih baik
aku yakin itu 


Kehidupan sebenar penuh dengan cabaran dan rintangan. Namun disebabkan itu Syurga dijanjikan. Namun setiap cabaran selepas perkahwinan lagi tenang dihadapi. Sentiasa adanya seorang yang telah berjanji sehidup semati dalam menempuh setiap dugaan dan cabaran.


Haa. Kalu aku tahu begini indahnya perkawinan dan betapa tenangnya kehidupan selepas ada pasangan yang halal untuk kita, dari dulu lagi aku kawin. Ni asyik dimomokkan dengan perasaan perkahwinan membebankan dan banyak merugikan wanita.

Paling best dalam kehidupan aku sebagai Herbalifer, bersyukur dapat bekerja bersama suami. Tiada lagi usikan gatal lelaki seperti bujang dulu. Paling best rasa sangat selamat ada pelindung di sisi dan penenang di kala beremosi.

Dan kehidupan lebih tersusun. Urusan perniagaan banyak sangat diambik alih oleh suami. Keje berat seperti angkat produk 1000vp yang dulu aku akan buat sambil menangis kini teralih. Dan setiap sakit dan pening ada yang mejaga kita.

Dan setiap kegembiraan dan nikmat dalam kehidupan boleh dikongsi. Every moment we have we can share with him.


Masya Allah baru betul memahami ayat quran yang mengatakan antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah menjadikan lelaki dan wanita berpasangan supaya kita rasa tenang antara sesuatu sama lain.


وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21].

Thursday, January 16, 2014

Kehidupan sebagai isteri

Alhamdulilah, harini genap sebulan kami aku bergelar isteri. Begitu cepat masa berlalu. Masih tergiang-ngiang memory ketika fighting to get married several months ago.

Pada saat ini, adalah kami dalam ADJUSTMENT PROCESS. Mana tidaknya kami kenal sangat sekejap. Banyak yang aku kena belajar dalam kehidupan bergelar isteri dan banyak sungguh toleransi yang perlu dilakukan yang dulu aku tidak pernah amik peduli. Masya Allah, life is just beginning.

Kalu dulu, zaman bujang aku bebas kemana dan ingin lakukan apa yang aku sukakan. Namun sekarang everything need to get permission first. Part paling mencabar, because both of us pemarah. Rasa nak terjun bangunan bila tau husband aku seorang pemarah. Sebelum kawin memang tak nampak langsung. Malah aku tak pernah terfikir akan dapat pasangan pemarah kerana aku sendiri seorang yang sudah panas baran. Namun sekarang both of us pun dah semakin stable mengawal emosi. Bila seorang tengah hot, seorang lagi akan diam menyepi.

Namun kenapa orang kata perkahwinan sangat menggembirakan.
Mestilah gembira kalau kite ada "bestfriend" yang memang sumpah sehidup semati. Someone finally worth our emotions as whole, bukan separuh2.Dan paling best everything challenge come, i have his shoulder  to hold tight and to cry. I have best friend to laugh and be in every up and downs.
 

Benda yang paling aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang pandai dan rajin memasak. So keje memasak memang kerja dia. Sangat matang sampai kadang-kadang aku terlupa umur dia yang sebenarnya. .Dan dia adalah Herbalife distributor. So dia banyak meringankan kerja dan tanggungjawab aku dan turut bersama mengejar impian dan masa depan yang cerah.

Every conflict in marriage move us one step nearer to each other. Pernah je conflict sampai rasa, "Is this marriage a mistake?" Namun setiap kali aku rasa begitu, i will remember back the memory of watching him to work so hard to collect money to marry in 2 month very young age and sacrifice everything to marry me.

Masya Allah, so grateful to have him as my husband. Hope he will remain the same or become better for the rest of our life. Thanks Allah.!