Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Friday, October 24, 2014

In our deepest memory

Pada sabtu lepas adalah antara hari kami diuji agak berat setelah lama tidak diuji. Kami kehilangan buah hati kami pengikat hubungan aku dan Aizat, kucing pertama milik kami berdua. Saat kami melihat Fiona buat kali terakhir adalah ketika kami keluar bergerak keluar dari pagar. Kali ni, agak pelik kerana tidak seperti biasa fiona dan Itam akan mogok di bawah tayar untuk tidak membenarkan kami keluar kerja seperti biasa.


Malam pulang dari STS, kami agak pelik. Yang kelihatan menyambut kami pulang cuma Itam sahaja. Tapi disebabkan malam agak lewat, aku memilih untuk mencari dia esok pagi dan malam itu kami cuma tidur ditemani Itam.

Keesokkan pagi, aku mecari keliling rumah. Pelik sangat sebab berkali memanggil, dia masih tidak kelihatan.Then aku meminta Aizat pulak mencari. Then Aizat memberitahu dia nampak timbusan tanah dengan cangkul. Saat itu, aku meraung. Aku tahu Fiona pasti dilanggar semalam. Aizat mencangkul tanah itu, dan menjumpai bulu yang kami pasti adalah bulu Fiona. Putih dan halus sangat. Tak tergambar rasa sedih yang amat sanagat. Kami kehilangan kucing yang paling kami sayang.

Masih teringat saat memori indah kami berjumpa Fiona. Dia masuk kelab kami pada malam puasa tahun ini. Dan lihat pada wajahnya dan perangainya, kami tahu dia baru dibuang ke sini. Lalu kami memilih untuk membawanya pulang.

3 malam pertama di rumah kami, kami biarkan dia tidur bersama kami. Mudahnya adalah dia memang akan membuang air dalam tandas. Then dia kemudian cirit birit, dan kami bawak ke vet, kami diberitahu yang dia ulser. 2 minggu dia asyik tido sahaja then kemudian dia diserang kurap. Sekali lagi kami membawak dia menerima rawatan.
Fiona yang asyik sakit awal-awal dibawa balik

Teman tengok movie
 Sejak itu, kami menjadi sangat rapat dia menjadi semakin besar dan cerdik.
Lepak depan bilik kami
 Fiona begitu special di hati kami.Dia kucing yang sangat mementingkan kecantikan. Pantang bulunya kotor pasti akan dijilat dan dia cukup marah ketika kami menganggu dia membersihkan bulunya.


Suka panjat pokok
 Tapi kami tahu memang sudah ajalnya masa. Malam sebelum kami kehilangannya, dia berkelakuan  sangat pelik. Dia marah bila Itam ingin bermain dan moody dengan kami. Kami sangkakan dia berkelakuan begitu disebabkan marah kerana adik baru mengambil tempat tidur dia di dalam bilik kami.
Didenda sebab buat perangai sebab dapat adik
 Kami betul-betul rasa kehilangan begitu juga Itam. Dia nampak sangat moyok selepas kematian Fiona. Fiona kawan 24jam Itam dan mereka selalu bermain bersama-sama. Namun kami sedar dia cuma pinjaman kepada kami dan kami redha dengan pemergiannya.
Malam kesedihan

No comments:

Post a Comment