Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Friday, December 20, 2013

Sebuah pertemuan

Ramai betul nak aku update blog pasal kahwin. Dan aku pasti ramai sangat yang nak tanya tentang, pertemuan kami. So hari ni aku nak bercerita tentang, Sebuah Pertemuan yang menghasilkan Masjid. Hehe. Boleh tak camtu?

Ni entry pertama aku buat sebagai isteri orang bermakna from this entry.Sudah pasti entry ini mesti mendapat kelulusan bos besar. Hee

Pertemuan kami bermula di dalam Herbalife. Boleh dikatakan Herbalove la. Aizat adalah customer kepada sepupu aku yang juga merupakan distributor Herbalife di dalam organisasi aku. Dia join Weight Loss Challenge di Nutriwalk. Dia turun 14 kg 4 bulan dan menang tempat pertama Weight Loss Challenge dan menang Rm500.

Ketika itu aku masih belum mengenal dia lagi. Tapi ketika aku decide untuk menjalankan Herbalife fulltime di Kl, saat itu aku berjumpa dengan dia. Ketika itu dia baru ingin belajar menjalankan bisnes dan semestinya aku bertanggungjawab bekerja dengan dia. Jujur aku katakan saat pertama aku lihat dia, aku rasa cukup selesa dan mula menyukai dia tapi cukup sebagai adik atau bisnes partner disebabkan dia lagi muda dari aku.

 Sepanjang bekerja bersama-sama sebagai upline dan downline, aku blh rasakan Aizat mula menyukai aku. Namun sudah pasti aku tidak pernah memandang serius perasaan dia kerana aku menganggap itu cuma cinta monyet biasa.
Gambar di atas adalah gambar di event Zero to hero gambang November. Saat ini Aizat sudah menyatakan banyak kali rasa hatinya. Tapi di saat ini adalah saat aku jual mahal dan cuba mengelak bekerja bersama kerana tidak mahu memberikan dia harapan.

Dia mula menjadi desperate apabila mengetahui aku tengah dalam proses berkenalan dengan lelaki yang datang dari pilihan keluarga. Selepas itu juga dia mula melamar aku. Setelah mengelak beberapa kali dari lamarannya, aku mula menjawap lamarannya yang mana tidak menerima cinta dan tidak juga menolak. Aku katakan padanya,

"Saya sudah tidak mahu menunggu seperti lelaki sebelum ini. Awak terlalu muda untuk saya. Kalu saat awak nak kawin nanti, kalu saya masih bujang, saya akan terima awak. Tapi jika ada lelaki lain datang untuk memperisterikan saya sebelum awak,saya akan terima dia dan anggap kita takde jodoh."


Jawapan saya membuatkan dia bertekad untuk berkahwin. Dia kata dia tk mampu menerima sebarang risiko untuk kehilangan saya sekiranya ada lelaki lain bertanya.

Kesungguhan dia dan keseriusan dia untuk berkahwin walaupum masih belajar dan muda ditambah istikharah hari demi hari menjadi titik tolak aku menerima dia. Perkenalan kami tidakla lama cuma 2bulan dan 2 bulan lagi adalah hubungan yang serius yang berusaha ke arah jalan perkahwinan. Tempoh perkenalan kami cuma 4 bulan.

 Masya Allah bila Allah telah menetapkan jodoh kita, urusan kepada perkahwinan sangat mudah. Setiap cabaran yang datang Allah kirimkan sekali solution. Malah kami cukup bersyukur kerana mendapat banyak nasihat dan mentoring dari leaders Herbalife dalam proses kepada perkahwinan.

Why we keep it secret? pintu fitnah jangan dibukak besar2. So berusahalah untuk menjauhi fitnah. Lagi senang fokus nikah bila mulut orang semua tertutup. Dalam usaha tu banyak juga onak duri nya.
Aizat la yang paling banyak berpenat lelah, macam mengharungi lautan berapi untuk make things done. Terima kasih sayang! =)
Maka kami pum berkahwin.Hee. Sedikit gambar pernikahan kami. :D
Abah yang nikahkan kami berdua.


Upacara membatalkan air sembahyang dan sarung cincin.
Lega selamat dinikahkan.
Rehat petang selepas nikah

4 comments:

  1. Subhanallah.. moga allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas kalian.. moga kekal hingga ke jannah.. dan lahir zuriat yang soleh dan solehah yang akan mempertahankan agama..:)

    ReplyDelete