Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, December 25, 2013

The power of decision

Ramai betul yang datang interview aku tentang kawin terutama herbalifer yang memang nak kawin tapi belum berjumpa orangnya.

Siapa-siapa yang baca blog aku sebelum ini, pasti tahu yang sebelum ini aku pernah bertunang. Pss;Maksud tunang dalam islam adalah orang yang kita janji yang kita akan kahwin dengan dia Aku menunggu seorang lelaki yang aku sukai  hampir 3 tahun. Lelaki yang berjanji akan mengahwini aku ketika sudah bersedia nanti. Lelaki yang membuatkan aku setia untuk benda yang tidak pasti. Namun july tahun ini, dia memutuskan perhubungan kami begitu sahaja setelah lama aku menunggu. Sejak putus tunang itu, hati aku betul-betul hancur dan retak. Hancur yang membuatkan aku berjanji akan menutup pintu hati aku selama-lamanya. Sila baca blog IMPIAN DARI KECIL VS IMPIAN YANG TERKUBUR

Itu yang membuatkan ramai herbalifer yang bertanya aku bagaimana aku boleh berkawin selepas 5 bulan dari putus tunang.Ramai yang tahu sejak itu aku tidak lagi memandang serius untuk berkawin.
Bila aku ingat balik the journey before jumpa husband dan get married, it start with
  
A DECISION

Di saat aku membuat dream board untuk 2013 pada tahun lepas, aku masih ingat the moments aku confuse untuk meletak kawin sebagai dream 2013. Ini kerana aku rasa it is impossible memandangkan  tunang aku ketika itu meletakkan perkahwinan kami pada 2014. Tapi aku mengikut gerak hati aku yang mengatakan i wont lose anything if i just dream it and  it maybe can come true. Maka aku letakkan dream untuk menamatkan zaman bujang pada 2013.

Namun sepanjang tahun 2013, aku tidak pernah memandang serius dream itu. Namun selepas balik Melbourne vacation july lepas, sponsor tersayang Maryam tanya aku bila aku ingin berkahwin. Dia kasihan melihat aku keseorangan setiap kali pergi melancong luar negara.

The only no husband in Melbourne. :'(


Maryam :    " Bila kau nak kawin jiha'?
 Aku        :    "Aku nak kawin dengan sapa?"
Maryam  :     "Kau decide dulu bila kau nak kawin, then orangnya akan datang.

Aku terdiam dan kata-kata itu betul-betul terkesan dan sejak itu bermulanya sebuah decision .
                              
             "  BERNIKAH DECEMBER 2013 " #5bulan dari sekarang                       

Jeng jeng jeng!!!! Maka apa yang berlaku, seminggu selepas aku putus tunang, disaat itu berlaku pertemuan dengan Aizat yang ketika itu baru turun 6kg.Cerita pertemuan kami boleh dibaca di blog SEBUAH PERTEMUAN

Apa yang berlaku pernikahan kami pada awalnya dipersetujui dalam 2 tahun lagi iaitu 2015.
Kertas perjanjian bersama pada hari aku menerima Aizat.

Namun, pernikahan kami dipercepatkan feb 2014 atas nasihat seorang leader kami. Namun sekali lagi, selepas  berbincang, kami berdua decide untuk december 2013 kerana tidak selesa terlalu banyak bekerja bersama-sama. Everything become so easy and fast. Malah baju nikah dan cincin kami terbeli secara kebetulan ketika sedang bekerja.

Ketika tarikh nikah telah ditetapkan pada december 2013 , di saat itula aku teringat A DECISION i have made before. Decision to get married december 2013. It come true!! Masya Allah! The power of decision.
Beberapa minit sebelum bergelar suami isteri


Sesungguhnya suami aku adalah hadiah terbesar Allah bagi kepadaku sebagai balasan redhanya hati aku kehilangan sebelum ini. Malah, Allah gantikan dengan lelaki yang terlalu sempurna dan terbaik untuk aku yang membuatkan aku cukup malu dan segan pernah mempertikaikan apa yang berlaku sebelum ini. Setiap sesuatu yang besar ujiannya rupanya Allah hantar untuk memberi ganjaran yang lagi besar.

But it must start with DECISION. Dengan decision, anything can become possible.

So, anything we want to achieve, it must start with DREAM and DECISION.

1 comment: