Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, June 26, 2014

Kesukaran membesarkan OKU


Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita tentang nasib malang remaja OKU Muhammad Firdaus,15 tahun yang dikurung ibunya dan ditemui pegawai imegresen dalam keadaan sangat menyedihkan. Berikut kronologi peristiwa itu.


Berita ini betul-betul membuatkan aku menitis air mata. Mana tidaknya, aku juga mempunyai adik sebaya Muhammad Firdaus yang juga OKU. Dan aku melihat peritnya ibubapaku menjaga adikku, Abdul Muiz. Dia menjadi tidak normal disebabkan demam panas ketika berusia beberapa bulan. Boleh dikatakan dia antara cabaran yang besar diberikan kepada keluarga kami. Mana tidaknya, sehingga harini, dia masih tidak mampu makan dengan sendiri apalagi ingin mengurus diri sendiri. Kami  yang menyuap makan, mandi, dan  mambasuh kencing merata-rata. Dan dia juga tidak mampu bercakap selain dari Allah, Ma, dan abah... Tapi bersyukurnya dia mampu berjalan seperti orang normal.

Aku masih ingat ketika kecil, dia sangat agresif dan hyperaktif. Sangat mencabar untuk membawa dia berjalan-jalan. Tapi kami bawakkan juga kerana kesian melihat dia terpaksa berkurung dalam rumah. Pantang lupa mengunci pintu pagar rumah, pasti dia terus keluar tanpa selipar sehingga kami terpaksa mencari seluruh kampung.

Malah rumah kami tiada hiasan atau barang-barang yang dibiarkan tergantung. Kerana dia akan menyepahkan seluruh barang. Malah lampu rumah juga terpaksa ditukar beberapa kali kerana pecah disebabkan dia. 

Kini,ketika usia baligh, dia kurang sikit agresif. Malah dia juga kurang berjalan disebabkan sakit lutut dari komplikasi penyakit sawan. Malah kami juga mula bimbang dengan side effect ubat sawan yang telah dimakan dari kecil. Namun, tidak banyak yang kami mampu lakukan melainkan menguruskan ahli syurga ini dengan sabar dan sebaik yang mungkin.

Jujurnya kami selalu menangis kerana penatnya menguruskan Abdul Muiz dari pagi sampai malam. Ada sahaja hal dia. Makan lebih 6 kali sehari. Kencing dan berak kadang-kadang diberitahu kebanyakan tidak. Kami enggan kerap memakaikan pamper kerana kesiankan dia yang rasa tidak selesa. Tapi kadang-kadang hilang sabar juga.

Kini, aku  dan suami menetap di rumah parent, banyak masa aku habiskan mengurus dia. Kesian membiarkan orang tua menjaga dia yang semakin kuat dan lasak yang kadang-kadang mencederakan ibubapaku. Doakan kami kuat dan moga dia menjadi penyelamat kami ke syurga.
Sayang suapkan makan.





No comments:

Post a Comment