Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, November 27, 2014

Tahun ke-5 dengan Herbalife dan lesson from Kick Off Spectacular.


Sekarang lebih 5 tahun dalam bisnes Herbalife, bermacam-macam ups dan down yang terpaksa ditempuhi. Lantaran kesukaran dan onak duri, aku melihat seorang demi seorang memilih untuk give up dan berhenti. Sometimes aku akui aku juga pernah berfikir kenapa aku perlu teruskan mendaki dan melalui cabaran demi cabaran sedangkan aku boleh memilih untuk hidup di dalam zone selesa makan gaji. Sometimes, kadang-kadang aku akui aku hampir terpengaruh untuk menerima pekerjaan sebagai pharmacist. Mana tidaknya berapa ramai yang terkejut dengan tindakan aku memilih melalui kerja sendiri dengan company Herbalife sebagai kerjaya sedangkam segulung ijazah yang menjanjikan pekerjaan ada di depan mata.

Tapi bila hati mula goyah, aku istikharah mintak kekuatan jika betul Herbalife jalan yang terbaik untuk aku sebagai kerjaya seluruh hidup aku, moga Allah beri aku kekuatan untuk teruskan dan tetapkan pendirian aku. Masya Allah, selepas istikharah pasti satu demi satu keyakinan dan kepercayaan datang. Disebabkan itu, aku kekal hingga sekarang.

Last week, aku menghadiri Kick Off Spectacular di Klang.


Speaker adalah Ibu Marina yang sudah 15 tahun bersama Herbalife. Dulu adalah penjual nasi uduk di jalanan kini adalah 30K President Team di Indonesia. Masya allah sangat bersyukur terpilih untuk datang dan journey 15 tahun dia betul-betul memberi inspirasi kepada kami.


Berikut adalah apa yang kami belajar yang betul-betul menyentuh hati kami.

1-Bersyukur dan bahagia bila lapang mahupum sempit.
   Bersyukur akan menambah rezeki.Ups and down adalah sebuah process. Setiap kali kita melepasi kesusahan, kita naik lagi peningkatan diri. Mana boleh mahu graduate jika tidak mahu menempuhi ujian.

2-Akui Herbalife tidak mudah.
    Journey dalam Herbalife memang tidak mudah kerana hidup memang dijadikan tidak mudah. Kalupum kami give up dengan Herbalife, kami tetap kena kerja keras, kena jaga kesihatan dan kena  berbuat baik dengan orang. Apapum kita lakukan di luar Herbalife, sama sahaja rintangan dan cabarannya dengan dalam Herbalife. Mengapa tidak bersakit-sakit dengan Herbalife  tetapi hasilnya luar biasa. Sedangkan nabi sendiri hidupnya sengsara jadi jangan mengharap bisnes kita tidak sengsara.

3-Kita berada di dalam Herbalife bukan untuk dunia tapi juga akhirat.
 Herbalife bukan kereta, rumah atau berapa banyak yang kita miliki tetapi berapa jangkaan hidup orang yag berubah disebabkan tangan kita.

4-Jangan menuntut banyak jika belum melakukan banyak.
Journey dalam Herbalife adalah pendakian yang tidak mudah dan tidak akan berhenti. Teruskan mendaki dan jika penat boleh berehat sebentar tapi teruskan melangkah selepas itu. Ramai yang menyerah dan quit kerana mencari jalan pintas dan jalan mudah.



5-Dalam Herbalife tiada perlumbaan.
 Tak kisah level apa yang penting sapa yang bertahan dia akan jadi pemenang. Ikhlas bertahan di Herbalife dan let it go apa yang bukan menjadi milik kita lagi.

Dan paling best,Ibu Marina menceritakan journey pada tahun ke8 dia bersama Herbalife yang membuat dia hampir keluar kerana give up. Saat itu dia marah dengan kehidupan, tiada yang kekal makan produk, seorang demi seorang supervisor hilang dan pin MILLIONAIRE TEAM tapi production WORLD TEAM.

Tiga keretanya ditarik kerana tidak mampu bayar ansuran bulanan, dan adik beradiknya mencaci dia kerana tidak mampu memberi wang yang dimintak ibunya walaupum sudah 8 tahun bersama Herbalife. Malam itu, dia menangis dan berdoa " I will refuse to give up no matter what". Dia ikhlaskan hati untuk let it go yang semua yang telah berlalu dan memulakan hari baru yang lebih baik dengan menjadi orang yang sama tapi full of courage. 6 bulan selepas itu, she hit President Team's organization. Masya Allah!!

                             She said "Allah akan beri pada saat kita layak".

Bila difikirkan ups and down ini membuat kita jadi humble. Jika tidak diuji dengan kesusahan, kita mungkin lupa. Mungkin bongkak dan membuatkan kemenangan dunia tiada ertinya. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk terus mendaki satu demi satu tangga cabaran yang membawa kepada kehidupan yang aku impikan.


No comments:

Post a Comment