Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday, March 17, 2015

Muhammad Al-Fateh

Alhamdulillah. Lebih 2 minggu telah menjalani kehidupan baru bersama cahaya mata kami yang diberi nama Muhammad Al-Fateh. Pada awalnya, nama yang kami sediakan hanya untuk anak perempuan iaitu Nur Fatimah Azzahra sempena nama puteri kesayangan Rasulullah. Tapi sebaik sahaja selamat melahirkan anak di labor room, kepala aku ligat memikirkan apa nama yang hendak diberi. Mana tidaknya tak terlintas langsung di kepala yang anak lelaki yang aku kandung selama ini.

Selepas dibawa ke wad, aku langsung tidak boleh tidur. Kepala ligat memikirkan apa nama yang hendak diberi. Bagaimana nama Muhammad Al-Fateh itu muncul? Sebab both of us pernah membaca buku sejarah penaklukan Konstatinopel(Istanbul) oleh Muhammad sehingga digelar Al-Fateh( penakluk) ketika aku sarat 7 bulan dan kehebatan kepimpinan beliau menerajui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turki betul-betul mengagumi kami.



Rasulullah SAW pernah bersabda: “Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR Imam Ahmad) 


Hadis ini telah membakar semangat ramai pemimpin islam untuk menakluk Istanbul yang terkenal dengan keutuhan temboknya. Penaklukan Istanbul dianggap penting kerana merupakan laluan utama yang membuka Eropah keseluruhannya.

Malah cabaran-cabaran yang dihadapi Sultan Muhammad Al-Fateh benar-benar memberi inspirasi pada kami. Bagaimana dia tidak give up dan berputus asa walaupun cabaran yang dihadapi hampir mustahil diselesaikan.

Antara cabaran terbesar yang dihadapi adalah Selat Bosphorus yang mempunyai tembok kebal dan rantai besi yang memerangi selat yang membuatkan kapal tentera islam tidak dapat melalui selat tersebut untuk memerangi Konstantinopel. Dari ilham solat tahajud baginda, beliau mendapat idea untuk mengerakkan kapal menggunakan jalan darat melintasi rantai besi tersebut. Dengan hanya satu malam sahaja, 72 kapal islam selamat melintasi rantai besi dan dan berada di dalam selat dan bersedia untuk melancarkan serangan.

Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, tentera Islam bersedia mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Mereka tertanya-tanya siapakah yang paling layak menjadi imam. 

Maka untuk menyelesaikan kemelut itu, Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya: “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu setelah baligh, sila duduk.” Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fardhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera. 
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.” Sebahagian daripada tenteranya duduk. “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.” Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh! 


Maka benarlah Sultan Al-Fateh adalah sebaik pemimpin dan hanya pemimpin yang hebat sahaja boleh melahirkan tentera-tentera yang hebat. Sejarah penaklukan Konstantinopel ini benar-benar membuatkan bulu roma kami tegak dan hati kami ingin zuriat kami menjadi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh.

No comments:

Post a Comment