Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Sunday, February 8, 2015

Mechanisma kejayaan vs kegagalan

Dari dulu aku selalu terfikir kenapa ada setengah orang pada usia mudanya lagi sangat hebat. Berkebolehan banyak perkara, bijak kata-katanya, banyak harta datang dari kerja kuatnya dan banyak juga menolong orang di luar sana.

Namun ada jugak setengah orang yang aku jumpa hingga ke tua masih dengan negatifnya, masih tiada harta dan terpaksa bekerja menyara diri dan kesiannya anak juga tidak berapa menjadi.

Dan aku temui jawapan dalam buku No Excuse by Brian Tracy. Punca kegagalan adalah memilih mekanisma yang salah sepanjang hidupnya.

Mechanisma kejayaan
  • Apabila manusia memilih laluan yang sukar perjalanannya, aktiviti berfaedah yang perlu bagi mencapai disiplin diri dan cita-cita.
Mechanisma kegagalan
  • Apabila manusia memilih laluan hidup yang sentiasa mudah aktivitinya, sentiasa berseronok dan bebas tanpa kongkongan.
Jujur aku katakan kadang-kadang aku berasa sangat penat melalui perjalanan yang sukar dan berbeza dari orang yang lain. Kadang-kadang  kurasa ingin patah kembali dan memilih jalan yang mudah dan lebih seronok pada usia muda. Nampak hidup sebegitu lebih mudah dan simple. Tapi memilih bersenang-lenang, tidak bersusah payah dan bersantai bermaksud aku memilih mekanisma kegagalan. Memilih mekanisma kegagalan bermaksud aku akan gagal dalam mencapai cita-cita.

So bagaimana mahu mengatasi mekanisma kegagalan??



Mekanisma kegagalan dapat diatasi dengan mempunyai cita-cita yang ingin dicapai. Setiap aktiviti kehidupan dipilih secara teliti demi mencapai kejayaan walaupun sukar. Setiap kali aku rasa penat dan ingin berpatah kembali, aku ingatkan balik apa yang aku sebenar inginkan. So setiap saat yang terbuang dengan sia-sia membuat aku membenci diri sendiri. Dan setiap kali aku mengikut hati yang aku penat, aku rasa sangat marah dengan diri sendiri sebab bersikap lemah.

Sangat ingin mencontohi kerja kuat ibubapaku dan bagaimana mereka menggunakan saat hidup mereka tanpa sedetik pum sia-sia walaupum pada saat ini mereka sudah ada segala-galanya. Aku berharap sangat moga aku diberi kekuatan untuk bekerja kuat sepanjang hidupku dan setiap saat hidup aku adalah menuju ke matlamat dunia dan akhirat aku.


No comments:

Post a Comment