Name
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight?
Gain weight?
Improve health?
Healthy breakfast?
Business opportunity?

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, March 5, 2015

Pengalaman bersalin anak pertama



1 March 2015 adalah hari yang aku tunggu. Bermulanya booth di Maktab Perguruan Sultan Mizan selama 10 hari. Walaupun due aku lg 5 hari aku sangat berharap yang baby keluar lewat sikit supaya aku sempat menghabiskan booth ini.


Petang roadshow jam 7 petang selepas timbang lebih 5 orang, aku amik peluang berborak dengan staff kpdnk yg buka booth berdekatan. Tengah gelak-gelak,tiba aku rasa basah macam terkencing yang tidak dapat ditahan. Cek di tandas, skirt semua basah darah dan air ketuban. Tapi sakit tkde lagi. So kami terus decide balik rumah dan tidak stay untuk malam itu.

Jam 8 dirumah-sakit cam sengugut sikit-sikit

Jam 9 -sakit yg bertambah kuat selang 5 minit. Time ni aku confius sikit sebab org kata anak sulung bukaan lambat. Jangan g hospital awal2. Tunggu selang 5 minit sakit contraction baru pergi. Tp aku start je contraction dh selang 5minit.

Jam10- mahu dilewatkan lagi untuk pergi ke hospital tapi sakit contraction bertambah kuat. Aku takut nanti dh tak mampu berjalan ke hospital. So decide untuk terus pergi.

Jam10.30-masuk labour room dalam keadaan dipapah kerana tak mampu berjalan sudah. Check bukaan sudah 5 cm. Nurse cakap kalu ikut mesin contraction dah tinggi.

Jam10.40- bukaan sudah 7cm. Air ketuban terpecah ketika nurse seluk dan keluar bersama najis bayi. So at this moment, jantung bayi makin lemas dan bimbang bayi perlukan inkubator. Aku dimasukkan air dan nurse decide untuk hantar ke hospital kota bharu since hospital usm juga tiada inkubator yang available. Hospital kuala terengganu terlalu jauh untuk bukaan 7cm.

Jam 11.10- naik ambulans bersama suami. Perjalanan mengambil masa satu jam. Ambulans bawak dengan laju dan melalui jalan berlubang-lubang menambah sakit  beranak.

Jam11.30 -bermula sakit contraction yang teramat sangat. Saat tu, pegang kuat tangan aizat dan pemegang dalam ambulans. Rasa nak teran tapi nurse tak bagi dan suruh kepit kaki. Masa tu, aizat pulak kena marah dengan aku sebab dia tak bagi aku bukak kaki. Dalam ambulans aku cuma berharap segera sampai sebab aku yakin baby memang nk keluar dah.

Jam 12.10- ambulans sampai. Dibawak ke labor room dengan segera. Saat tu kangkang je memang nurse menjerit. Kepala baby memang dah di muka pintu. Nurse gunting masyaallah sakitnya. Saat tu, nurse ajar teran dan suruh teran. Dengan 3 kali percubaan teran, akhirnya baby keluar. Baby perempuan yang disangka tapi bayi lelaki sebenarnya.

Selepas selesai lahirkan anak, Aizat dimintak keluar. Proses jahitan bermula. Sakitnya jarum mencucuk-cucuk kena pada kulit tetap terasa walaupun sudah dibius. Masya allah punya seksanya nak melahirkan   seorang anak.

Then, selepas selesai aku dibiarkan berehat di labor room dan jam 3 aku dibawak ke wad. Esok pagi aku terus discharge keluar tapi baby kena admit satu malam lagi di wad untuk monitor pernafasan kerana mungkin telah tertelan najis.

Alhamdulillah, aku berjaya menghadapi satu lagi ketakutan. Takut jarum selama ini sudah tidak dipedulikan sebab sakit contraction lagi tak terkira dasyatnya. Even sepanjang beranak nipum lebih 5 jarum aku kena. Di lengan dua kali, paha sekali, bawah sebanyak 2 kali. Memang saat ini, aku hanya teringat cukup satu anak sudala. Tapi kalu tengok dari biji pada uri menurut kata orang-orang tua, 6 biji pada uri bererti aku akan ada 6 anak. Mak oi.. Banyak kali lagi ni...

Alhamdulillah, sekarang bermula kehidupan kami sebagai ibu dan ayah.  Dan aku bersyukur dimudahkan kelahiran putera kami kali ini dan seterusnya...



3 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah kak dan keluarga :) just nk tanya, "Tapi kalu tengok dr biji pada uri, aku akan ada 6 anak insyaallah" ape maksudnya? thanks kak.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete